Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Aspirasi (Aspirasi Murid (Identiti Nasional (Melalui penghayatan prinsip…
Aspirasi
Aspirasi Murid
Kemahiran Dwibahasa
Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan di samping bahasa Inggeris sebagai komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima.
Murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja setelah menamatkan pengajian.
Etika dan kerohanian
-
Murid mampu mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, dapat menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak dalam membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip semasa berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan perkara yang betul.
Sistem pendidikan berhasrat membentuk individu penyayang yang mampu menyumbang kesejahteraan komuniti dan negara.
Kemahiran Memimpin
Negara akan membantu setiap murid mencapai potensi pada tahap maksimum dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengimplementasikan ciri-ciri kepimpinan.
Kepimpinan terdiri daripada empat aspek dalam konteks sistem pendidikan, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran berkomunikasi yang berkesan.
Identiti Nasional
Melalui penghayatan prinsip rukun negara, identiti nasional bagi setiap murid dapat diperkukuh.
Setiap murid berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama, mahupun status sosioekonomi.
Semangat patriotik dipupuk dalam setiap murid dengan kaedah memahami sejarah negara di samping berkongsi aspirasi yang sama demi masa depan negara.
-
Kemahiran Berfikir
Setiap murid dapat belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang hidup mereka dengan cara menerapkan rasa ingin tahu dan mengamalkan konsep “life long learning” bagi membolehkan murid menghubungkan pelbagai disiplin ilmu di samping mencipta ilmu baru.
Setiap murid perlu menguasai variasi kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif serta inovatif.
Pengetahuan
Pada peringkat paling asas, setiap kanak-kanak haruslah menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi.
Murid perlu didedahkan dengan pengetahuan am yang bersifat holistik mengenai Malaysia, Asia dan dunia dari konteks sejarah, manusia dan geografi.
-
Murid digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti muzik, seni dan sukan.
-