Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERWATAKAN GURU (Ciri-ciri (Sahsiah terpuji (Berpegang teguh kepada etika…
PERWATAKAN GURU
Ciri-ciri
Sahsiah terpuji
Berpegang teguh kepada etika perguruan serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik (Nik et.al, 2017).
Komunikasi berkesan
Memiliki kemahiran komunikasi berkesan yang tinggi serta mampu menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi (Nik et.al, 2017).
Berpotensi
Menggunakan pendekatan, strategi dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran dalam mendidik murid (Abdul & Mohamad, 2010).
-
Berketerampilan
Guru yang menguasai pengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar dapat membantu murid membina dan mempertajamkan intelek mereka (Abdul & Mohamad, 2010).
Kepentingan
Murid menjadi mudah menerima, menghayati dan boleh mengaplikasikan pembelajaran dalam suasana kehidupan seharian (Abdul & Mohamad, 2010).
Guru berupaya menggerakkan akal fikiran murid untuk terus memperoleh ilmu tambahan (Nik et.al, 2017).
Mampu menatijahkan kefahaman yang baik sehinggakan para pelajar dapat mengikuti segala sifat mahmudah yang ada pada guru tersebut (Zulkifli, 2016).
Dapat melahirkan pelajar yang memahami, menghormati serta menjiwai ilmu selain menjalani kehidupan berteraskan ilmu (MyMetro, 2017).
Konsep
Guru didefinisikan sebagai orang yang mengajar, mendidik, mengajar, mengasuh dan melatih.
Perwatakan guru ialah perbuatan yang dijelaskan melalui ciri lahiriah (tingkah laku) dan jasmani yang berkaitan dengan perasaan, sikap dan pemikiran guru.
Perwatakan ialah watak (seseorang) keseluruhannya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015).