Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep Asas Hubungan Etnik
image
Kumpulan 4 (1. Identiti Etnik
…
Konsep Asas Hubungan Etnik

Kumpulan 4
1. Identiti Etnik
- Identiti etnik merupakan identiti yang bersifat kebudayaan dan bukan bersifat biologikal.
Contoh :
- Identiti etnik Iban adalah rumah panjang dan tenunan pua kumbu.
2. Rasisme
- Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata.
Contoh :
- Aagastya tidak mempunyai ramai kawan di sekolah kerana perbezaan warna kulitnya.
3. Asimilasi
- Proses percantuman atau penyatuan antara golongan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Contoh :
- Asimilasi berlaku melalui perkahwinan campur di antara kaum Melayu dan Cina seperti Baba dan Nyonya di Melaka dan Cina Peranakan Kelantan dan kedua-duanya mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu iaitu dari segi masakan, bahasa harian, pakaian dan lain-lain.
4. Diskriminasi
- Pemikiran dan pandangan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap orang lain berasaskan ciri-ciri etnik.
Contoh :
- Organisasi IT Market hanya mengambil pekerja yang fasih berbahasa Mandarin.
5. Minoriti
- Sekumpulan sosial atau etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah yang kecil dan tertindas.
Contoh :
- Orang Asli merupakan salah satu etnik minoriti di Malaysia yang semakin berkurang dari segi jumlah.
6. Pluralisme Kebudayaan
- Satu proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang terlibat mengekalkan budaya masing-masing. Dikaitkan dengan A + B + C = A + B + C.
Contoh :
- Lagu patriotik yang bertajuk 'Generasi Negaraku' yang menggunakan pelbagai bahasa yang terdapat di Malaysia serta pakaian etnik-etnik tertentu.
7. Prasangka
- Sikap atau tanggapan yang lazimnya bersifat negatif terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras yang lain atau sikap yang dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional dan tegar kerana kumpulan tersebut mempunyai ciri atau kualiti tertentu
Contoh:
- Seorang pelajar Amerika beranggapan bahawa sekumpulan pelajar islam merupakan terorisme.
- 8. Segregasi
- Proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial lain dan seterusnya menyebabkan interaksi yang sedikit atau tiada interaksi antara mereka.
- Contoh:
- Pemisahan di Amerika Syarikat, bukan sahaja di benua Afrika, di negara-negara maju seperti Amerika, terdapat juga pengasingan di mana orang kulit hitam masih menjadi mangsa. Tindakan seperti pemisahan kemudahan awam antara orang kulit putih dengan orang kulit hitam, sehingga klimaks pergerakan penyembelihan hitam muncul.
- 9. Amalgamasi
- Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D.
- Contoh :
- Perkahwinan campur antara dua etnik berlainan akan membentuk satu budaya atau generasi yang baharu.
- 10. Integrasi Sosial
- Proses menyatupadukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.
- Contoh :
- Rakyat Malaysia berusaha untuk memupuk perpaduan anatara masyarakat yang berbai kelompok dan latar belakang demi kepentingan bersama.
- 11. Stereotaip
- Stereotaip adalah imej umum yang tetap atau set ciri yang banyak orang percaya mewakili jenis orang atau perkara tertentu. Dalam erti kata lain, stereotaip menganggap bahawa "mereka semua sama." Ia melihat seluruh kumpulan orang dan menganggap bahawa mereka semua berkongsi kualiti tertentu.
- Contoh :
- Kerja di dapur adalah tanggungjawab seorang perempuan dan lelaki harus tahu untuk menukar tayar.
- 12. Akulturasi
- Pengubahsuaian budaya individu, kumpulan, atau orang dengan menyesuaikan diri atau meminjam sifat daripada budaya lain. Juga dikenali sebagai proses yang mana manusia memperoleh budaya masyarakat tertentu dari peringkat awal.
- Contoh :
- Perubahan budaya dari segi bahasa apabila seorang kanak-kanak kaum melayu berpindah dari Malaysia ke Amerika. Kanak-kanak tersebut akan membesar dengan lebih menguasai Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-