Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Isu-isu Semasa & Masa Depan Dialog Peradaban (Impak Kebudayaan Barat…
Isu-isu Semasa & Masa Depan Dialog Peradaban
Globalisasi
Blok Negara Islam
G8 Presiden Necmetin Erbakan (1997-1998)
KL Summit: Erdogam, Tun MIntipati utama: Kesatuan negara Islam mempertahankan
Blok Barat (kapitalis/liberalis)
Contoh : US, EU, Arab Saudi, UAE, Israel
Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Jepun
Blok Timur (komunis/sosialis)
Contoh :check: Korea Utara, China, Rusia,
Iraq, Turki, Iran, Vietnam, Myanmar, India
Maksud Globalisasi : Menjadikan dunia semakin kecil. Menguasai & menyebarkan pengaruh masing-masing dalam bidang seni(hiburan, fesyen), pemberitaan, ekonomi, politik.
Ideologi Politik
Cabaran Globalisasi
Aspek positif globalisasi
Peluang pekerjaan yang meluas.
Peningkatan mobiliti sosial.
Penyebaran ilmu dan maklumat.
Jaringan komunikasi yang luas.
Kemudahan berinteraksi.
Kepelbagaian idea dapat diketengahkan.
Hak asasi kaum wanita dapat ditonjolkan.
Aspek negatif globalisasi
Penyebaran budaya yang bertentangan dengan nilai.
Kadar pengangguran yang semakin tinggi.
Wang sebagai komoditi keuntungan semata.
Keperluan asas golongan miskin teus terabai.
Pembangunan yang tidak seimbang.
Pengantarabangsaan penyakit.
Kemerosotan kualiti alam sekitar.
Pengabaian kursus berbentuk ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan di IPT.
Pembentukan budaya global yang homogen.
Pembanjiran maklumat yang tidak bermanfaat.
Pendominasian politik dunia oleh negara Barat.
Pengantarabangsaan jenayah
Impak Kebudayaan Barat
Penyebaran –isme seperti:
i.Sekularisme
ii.Materialisme
iii.Hedonisme
Dampak dunia Barat moden sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan ciri-ciri jati diri seseorang Islam atau seseorang Asia pada peringkat individu atau jati diri tamadun dan budaya pada peringkat kolektif.
Kuasa penjajahan Barat begitu dominan pengaruhnya menyebabkan masyarakat di bawah penjajahannya mengalami perasaan rendah diri :black_flag: meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri.
Tamadun Barat dijadikan sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia :black_flag: piawaian untuk menilai pencapaian masyarakat sendiri.
Dominasi Politik
Negara kuasa besar menguasai politik antarabangsa yang didominasi oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis.
Blok Barat ini berjaya menjajah negara yang lemah dan mundur yang tidak sehaluan dengan mereka.
Menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengekalkan kuasa mereka.
Sistem hubungan antarabangsa yang ada pada hari ini dicipta dan dikawal sepenunya oleh Barat.
Undang-undang antarabangsa yang dicipta menyebelahi kepentingan Barat.
Contoh
(a) Pengeboman Sudan dan Afghanistan (1998) – dengan helah memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang pengganas.
(b) Iraq diserang oleh AS tanpa restu PBB (2003)
(c) Larangan keras ke atas Korea Utara dan Iran daripada mempunyai program nuklear.
Dominasi Ekonomi
Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, negara-negara Eropah termasuk Jepun menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa
Mendominasi penggunaan sumber semulajadi, pengeluaran hasil perindustrian, perkembangan sains dan teknologi (S&T) dan sistem kewangan antarabangsa.
Ekonomi negara-negara kecil terpaksa bergantung kepada negara kuasa besar
Wujudnya institusi global di bawah pengaruh Barat seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia dan World Trade Organisation (WTO).
Satu bentuk penjajahan baru di sebalik perdagangan tanpa sempadan atau economic globalisation.
Dominasi Media
Penguasaan dan peranan media berkaitan dengan pengekalan hegemoni dan globalisasi.
Hampir keseluruhan media cetak dan elektronik penting dunia hari ini dikuasai oleh Barat Cable News Network (CNN), BBC, Associated Press (AP), Blommberg, Reuters, UPI dll
Semua berita yang disampaikan kepada dunia adalah berdasarkan persepsi mereka
Dominasi Budaya
Pengaruh hiburan yang berteraskan hedonisme melalui muzik, filem, nyanyian, kartun dan komik dari Barat tersebar luas di kalangan masyarakat seluruh dunia.
Contoh : Rancangan American Idol ditiru di beberapa negara lain termasuk Malaysia
Pembudayaan dari konteks makanan, pakaian dan hiburan ala-Amerika dalam kehidupan
Contoh:- Jenama Coca-cola, McDonalds, Levi’s
Syarikat multinasional Barat juga menjadi pemain utama dalam mengeksport budaya mereka melalui produk-produk perniagaan
Peristiwa 11 September
Kesan
Peristiwa 11 September 2001 dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dengan dunia Barat. Sebelum peristiwa ini, terdapat peristiwa lain yg melibatkan Barat dan Islam. Antaranya:
1993: World Trade Center pernah diserang oleh Ramzi Ahmes Yousef dikatakan seorang fundamentalis Islam.
1999: seramai 19 orang tentera AS telah terbunuh dan 300 lagi cedera dalam serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi.
1998: kedutaan AS di Dares Salaam dan Nairobi telah dibom menyebabkan 250 terkorban.
Oktober 2000: Kapal USS Cole telah diserang di Yemen menyebabkan 17 orang mati dan 38 cedera
Kesemua peristiwa dikaitkan dengan pengganas Muslim sehinggakan banyak pihak mula curiga terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Penduduk Islam asal di negara mereka yg berjuang demi kebebasan mereka turut dilabel sebagai pengganas seperti di Palestin, Kashmir dan Chechnya
Operasi ketenteraan yg diketuai oleh AS di Afghanistan dan Iraq dilihat sebagai satu pencabulan dan penjajahan ke atas masyarakat Islam. Pelbagai sekatan telah dikenakan seperti penyebaran sains dan teknologi, masyarakat Islam hampir tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi di AS dan UK. Malah Jepun juga turut memikirkan dasar hubungan mereka dengan negara Islam.
Selepas peristiwa 11 september, ada banyak dialog antara masyarakat Islam minoriti di AS. Hasil daripada dialog dan melalui bacaan sendiri tentang Islam maka lebih ramai masyakat bukan Islam majoriti di AS lebih memahami ajaran Islam. Sesetengah pihak berpendapat, masyarakat Islam di AS boleh menyumbang ke arah mewujudkan persefahaman yg lebih baik antara AS dengan dunia Islam pada masa depan
Dialog Peradaban
Ciri-ciri
-Saling memahami terhadap nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti kebudayaan yg wujud.
-Sikap toleran terhadap pemikiran peradaban yg lain. Ini merujuk kepada sikap sedia mendengar dari peradaban orang lain.
-Sikap lapang dada dan keterbukaan terhadap pandangan semesta orang lain dengan ekomodasi dalam perspektif diri.
Kepentingan & Tujuan
2)Dapat membincangkan antara dua pihak atau lebih pihak bagi mencari jalan penyelesaian yg kreatif dan baru di dalam menangani konflik dan masalah yg dihadapi oleh manusia.
3)Osman Bakar (1997) menyatakan tujuan utama dialog peradaban ialah membawa komuniti-komuniti dari pelbagai latar belakang bersama berinteraksi dan mengenali antara mereka untuk mencari kebaikan bersama kerana dipaksa oleh keadaan untuk hidup bersama walaupun mempunyai kepercayaan agama, cara hidup beragama dan ideologi politik yg berbeza.
4)Untuk mewujudkan saling memahami tentang nilai-nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti budaya yg wujud. Dialog peradaban juga berpotensi besar untuk menghindarkan konflik dlm komuniti peringkat antarabangsa, kebangsaan dan tempatan. (Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban, 2001)
Aktiviti Dialog Peradaban Peringkat Kebangsaan (Malaysia)
13/1/2001 - “Muslim-Christian Relations” Seminar kedua Intra Malay Civilization Dialogue: “Wagas Islam, Warisan Melayu dan Weltanschuung Malaysia”.
15/3/2001 – Bengkel sehari “Gender and Civilization” oleh Gender Studies Programme, Faculty of Arts & Sciences and Center for Civilization Dialogue.
28/4/2001 – Dialog “The Role of Poetry and Art in Various Civilizations” dengan kerjasama Dewan bahasa dan Pustaka and Center For Civilizational Dialogue.
23/6/2001 – Forum “Religion and Science: Islamic and Western Perspectives” dilaksanakan oleh Center for Civilizational Dialogue and Academy of Islamic Sciences Malaysia.