Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
statistik deskriptif ((DATA KUALITATIF (Penyelidikan kualitatif merupakan…
statistik deskriptif
DATA KUALITATIF
- Penyelidikan kualitatif merupakan penyelidikan yang melibatkan penghuraian data dalam bentuk teks atau menggunakan perkataan.
- Contoh data kualitatif - temu bual, pemerhatian, analisis dokumen.
DATA KUANTITATIF
- Penyelidikan kuantitatif merupakan penyelidikan yang mempunyai nilai berangka atau nombor.
- Contoh data kuantitatif - soal selidik, ujian, eksperimen.
JENIS SKALA PENGUKURAN
SKALA NOMINAL
- Data kategori- menomborkan kategori yang berlainan untuk menunjukkan perbezaan antara kategori.
- Contoh skala pengukuran nominal - jenis jantina, kaedah pengajaran, bangsa, pekerjaan, lokasi.
- Prosedur analitik yang paling umum untuk data nominal ialah 'chi square (x2)'.
SKALA ORDINAL
- Data yang boleh disusun dalam turutan iaitu dari turutan kecil kepada turutan besar dan sebaliknya.
- Contoh skala pengukuran ordinal - tahap motivasi, tahap pencapaian pelajar, tahap kepuasan kerja, pangkat, peringkat kelas.
- Teknik yang penting dalam menganalisis data ordinal ialah Wilcoxon, Mann-Whitney dan Rank Order Correlation (pertalian peringkat urutan).
SKALA INTERVAL
- Data yang boleh mengkategori, menyusun kategori dan membina unit yang sama dalam skala tersebut atau merupakan data selanjar (jarak di antara setiap dua skala yang berurutan adalah sama).
- Nilai yang paling rendah dalam skala interval tidak boleh dikenalpasti kerana bersifat infiniti dan biasanya bernilai negatif.
- Contoh skala pengukuran interval - suhu, tingkat kecerdasan (IQ), kadar pertumbuhan, kadar keciciran.
SKALA RATIO
- Data yang mempunyai poin sifar atau merangkumi ciri-ciri jeda dan mempunyai nilai sifar yang mutlak.
- Data ini juga merupakan data selanjar (jarak yang sama di antara dua skala) dan berurutan serta mempunyai nilai sifar sebenar.
- Contoh skala pengukuran ratio - suhu, waktu, panjang, berat, tinggi.
POPULASI
Populasi ialah keseluruhan kumpulan manusia, objek serta kumpulan yang menarik perhatian penyelidik yang boleh dibuat generalisasi melalui dapatannya.
SAMPEL
1.Sampel merupakan sebahagian daripada populasi yang diambil sebagai sumber data dan boleh mewakili keseluruhan populasi.
STATISTIK INFERENSI
- Menghuraikan penghubungan antara variable-variable, menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi dan membuat generalisasi ciri-ciri populasii berdasarkan ciri-ciri sampel.
- Contoh ujian statistik inferensi - ujian - t, ujian ANOVA, ujian Khi Kuasa Dua, ujian korelasi Pearson.
STATISTIK DESKRIPTIF
- Menghuraikan ciri-ciri variable dan digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal serta tidak membuat generalisasi daripada sampel kajian daripada populasi.
- Contoh ujian statistik deskriptif - frekuensi, min, mod, median, sela, sisihan piawai, varians, peratusan, kadar, nisbah, taburan normal, skor Z.
-
-