Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tutorial 2 soalan 2 (STATISTIK DESKRIPTIF (Menghuraikan ciri-ciri…
Tutorial 2
soalan 2
STATISTIK DESKRIPTIF
Menghuraikan ciri-ciri variable dan digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal serta tidak membuat generalisasi daripada sampel kajian daripada populasi.
Contoh ujian statistik deskriptif - frekuensi, min, mod, median, sela, sisihan piawai, varians, peratusan, kadar, nisbah, taburan normal, skor Z.
STATISTIK INFERENSI
Menghuraikan penghubungan antara variable-variable, menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi dan membuat generalisasi ciri-ciri populasii berdasarkan ciri-ciri sampel.
Contoh ujian statistik deskriptif - frekuensi, min, mod, median, sela, sisihan piawai, varians, peratusan, kadar, nisbah, taburan normal, skor Z.
DATA KUALITATIF
Penyelidikan kualitatif merupakan penyelidikan yang melibatkan penghuraian data dalam bentuk teks atau menggunakan perkataan.
Contoh data kualitatif - temu bual, pemerhatian, analisis dokumen.
Sampel
Responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi.
DATA KUANTITATIF
penyelidikan kuantitatif merupakan penyelidikan yang mempunyai nilai berangka atau nombor.
Contoh data kuantitatif - soal selidik, ujian, eksperimen.
Populasi
Kumpulan sasaran pengkaji, keseluruhan kumpulan manusia serta objek yang boleh digeneralisasikan melalui dapatan kajian.
Jenis Skala Pengukuran
Skala Ratio / Nisbah
Pengiraan matematik ( tambah, tolak, darab atau bahagi) boleh dilakukan untuk mendapatkan skor indeks.
Jarak di antara satu angka dengan angka yang seterusnya adalah sama (skala ini bernisbah).
Mempunyai nilai sifar sebenar, contohnya, skor Matematik terendah adalah 0 markah, tiada skor yang lebih rendah daripada 0.
Melibatkan data-data kontinuum yang disusun secara teratur bermula dengan angka yang kecil (mewakili nilai yang kecil) hingga ke angka yang lebih besar (mewakili nilai yang lebih besar).
Skala Interval / Selang
Jarak antara skala adalah sama.
Tidak mempunyai nilai sifar sebenar, contohnya, suhu mempunyai nilai negatif, 0 tidak menunjukkan nilai yang paling rendah.
Melibatkan data-data kontinuum yang disusun secara teratur bermula dengan angka yang kecil (mewakili nilai yang kecil) hingga ke angka yang lebih besar (mewakili nilai yang lebih besar).
Skala Ordinal
Skala Likert kerap digunakan di mana angka-angka 1,2,3,4 dan 5 mewakili tahap persetujuan subjek mengenai sesuatu pernyataan.
Jarak di antara satu angka dengan angka yang seterusnya adalah tidak sama
Melibatkan data-data kontinuum yang disusun secara teratur, bermula dengan angka yang kecil ( mewakili nilai yang kecil hingga ke angka yang lebih besar ( mewakili nilai yang lebih besar)
Skala Nominal
Data yang dikumpul bukan data kontinuum, tidak mempunyai magnitud dan tidak mempunyai makna pengiraan matematik.
Contoh variabel: jantina, bangsa, parti politik, warna, program pengajian dan agama.
Menggunakan angka untuk mewakili kategori-kategori sesuatu variabel.