Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 1: SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA (Pengaruh islam di tanah…
BAB 1: SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Kedatangan islam ke tanah melayu
Persinggahan
merangkumi hubungan secara langsung dan secara tidak langsung, huungan secara langsung adalah melalui aktiviti perdagangan yanag berlaku pada masa tersebut.
hubungan secara tidak langsung adalah melalui process perdagangan arab parsi dengan china. nereka menjadikan melaka sbg tempat persinggahan.
Pertapakkan
bermaksud terdapatnya kesan dan bukti penempatan masyarakat islam dibeberapa tempat di rantau Nusantara dan menjadi bukti bahawa islam pernah bertapak ditempat tempat tersebut pada suatu ketika dahulu.
Penyebaran secara besar besaran
perkembangan islam berlaku secara besar besaran dan dilakukan sendiri oleh anak anak tempatan nusantara dan dibantu oleh orang orang india muslim dan pendakwah arab.
Pengaruh islam di tanah melayu
Islam di kelantan
kelantan diandaikan antara negeri yang terawal menerima islam di pantai timur semenanjung . Bukti islam wujud di kelantan diketahui melalui penemuan sekeping dinar emas pada tahun 1914 di kota kubang labu (wakaf baru) yang tertulis al Mutawakkil.
Islam di Terengganu
Terengganu adalah antara negeri yang terawal menerima islam. Sama seperti kelantan, terengganu sudah sekian lama berhubung dengan khmer (kemboja) dan Champa. Dalam kegiatan perdagangan fo-lo-an atau kuala berang memainkan peranan penting sebagai pelabuhan antara bangsa.
Islam di kedah
bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pusat perdagangan tradisi yang terawal di semenanjung sejak abad pertama Masihi lagi, kedah menerima islam sejak kurun ke -9. Antara bukti kemasukkan islam di kedah adalahmelalui catatan Arab yang menyatakan kedah dikenali sebagai Qaddah atau Kheddah.
Islam di Perak
pengaruh islam di perak di katakan berasal dri Aceh. Buktinya terdapat bnyak batu nisan jenis aceh di kampung kota, beruas. Bermula pada tahun 1528, perak secara rasminya mempunyai sultan menguasai seluruh negeri.
Islam di Melaka
terdapat perlbagai pendapat mengatakan bahawa raja melaka ialah orang yang pertama yg memeluk islam dan bertanggungjaab terhadap penyebaran agama islam di melaka. Ada yang mengatakan paramesara adalah raja pertama yang memeluk islam pada tahun 1414 dan menukar namanya kepada sultan Iskandar Syah.
Peranan pendidikan dalam mengembangkan islam di tanah melayu
Pendidikan islam di terengganu
kewujudan pondok pondok pengajian awl di terengganu secara tidak langsng telah memberi ganjaran bahawa negeri ini mungkin mendahui negeri negeri lain dari segi perkembangan di negeri islam.
pendidikan islam di kelantan
jika terdapat bukti bahawa ada pondok yang pertama di terengganu , kelantan pula lebih menonjol sebagai pusat pengajian islam di tanah melayu.
Pendidikan islam di Perak
ada pendapat yang mengatakan bahawa perkembangan pendidikan islam diperak mula pada abad ke-16, iaitu zaman pemeritaha Sultan Muzaffar Shah I, Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah XI (1636-1653), terdapt pondok yang telah didirikan di teluk Bakong oleh ulama Aceh , kemudianya berkembang ke teluk sreh dan tebing pulai.
pendidikan islam di Kedah
terdapt maklumat yg mengatakan terdapat ulama ulama dan pondok pondok yang wujud di kedah sejak abd ke 18-19.Syeikh Abdul Jalil bin abdul Wahab yang berasal dri palembang dilantik sebagai mufti negeri kedah.
Kesan kepesatan perkembangan islam di Malaysia
Jabatan kemajuan islam Malaysia (JAKIM)
Fungsi
perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam
merangka dasar bagi pembangunan hal ehwal islam dan enjaga kesucian akidah dan ajaran islam.
membantu an menggubal dan menyeragamkan undang undang dan peraturan yang diperlukan.
melaksanakan program program pembangunan ummah dan penghayatan islam daam pengurusan negara.
Lembaga tabung haji (LTH)
Tujuan penubuhan
memberikan kemudahan kepada umat islam untuk menyimpan wang mereka secara beransur ansur tanpa dicemari oleh Riba
memberikan peluang kepada umat islam untuk mengambil bahagian dengan lebih berkesan di dalam bidang penanaman modal di sektor perusahaan, perdagangan , perladangan serta tanah.
Bank Islam Berhad (BIMB)
matlamat penubuhan
berusaha degan sedaya upaya untuk menjalankan operasinya sebagai sebuah bank perniagaan yang berpaksikan tuntutan syarak.
menjalankan operasi berlandaskan muamalat urusan bank dan kewangan tanpa riba
menjalankan perniagaan berlandaskan amalan pekongsian untung rugi yang lebih menjamin.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
tujuan penubuhan adalah untuk memperkasakan kembali konsep pembelajaran secara islam di samping meluaskan bidang keilmuan yang pelbagai kepada umat islam di erngkat penhgajian tinggi.
Institute kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
matlamat untuk memberi kefahaman islam yang tepat kepada masyarakat melalui pelbagai prgram dan aktiviti seperti penyelidikn, seminar bengkel, forum, perundingan , latihan dan penerbitan.