Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sejarah Tamadun Uthmaniyah (Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah…
Sejarah Tamadun Uthmaniyah
Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad ke-13. Pemerintahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa iaitu :
1) Peringkat awal penubuhan (1299 – 1453)
2) Perkembangan dan pengukuhan (1453 – 1682)
3) Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683 – 1827)
4) Kemerosotan dan kejatuhan (1828 – 1908)
5) Perbubaran pemerintahan (1908 – 1924)
PERINGKAT AWAL PENUBUHAN
(1299M – 1453M)
Kehebatan kerajaan Turki ‘ Uthmaniyyah’ dinyatakan oleh ahli sejarah bermula dengan kejayaan penaklukan ‘Kota Constantinople’ (Tahun 1453). Kehebatan ini bertahan sehinggalah zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni yang meninggal dunia pada tahun 1566.
Sepanjang kegemilangan itu, Turki telah dipimpin oleh sultan-sultan yang baik.:
1)Sultan Muhammad II Al-Fateh (1451 – 1481)
2)Sultan Beyazid II (1481 – 1512)
3)Sultan Salim I (1512 – 1520)
4)Sultan Sulaiman I Al-Qanuni (1520 – 1566)
PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN
(1453M – 1682M)
Pada tahun 1453 adalah pembukaan ‘Kota Constantinople’ (Islam Bol). Pembukaan kota ini menjadi tumpuan utama untuk menyebarkan islam ke seluruh benua Eropah. Para sejarawan telah menganggap peristiwa pembukaan kota ini adalah sesuatu peristiwa besar yang telah dicatatkan didalam sejarah dunia. Sultan Muhammad Al-Fateh juga telah menjadi tokoh yang penting dalam peristiwa tersebut. Beliau telah berjaya melakukan banyak perubahan dalam pentadbirannya. Nama ‘Kota Constantiniple’ juga telah ditukarkan kepada “Islam Bul” yang bermaksud Bandar Islam. Islam Bul juga kini telah dikenali sebagai ‘Istambul’
Pemerintahan kerajaan ‘Uthmaniyyah’ ini telah mencapai zaman kegemilangan pada zaman Sultan Muhammad Al-Fateh. Kerajaan ‘Uthmaniyyah’ banyak terkenal melalui :
1) Ketua yang bijaksana
2) Tenteranya yang hebat
3) Mempunyai pasukan Armada Laut yang unggul
4) Mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang terkenal
Setelah pembukaan ‘Kota Constantinople’ (Istambul), rakyat telah diwajibkan untuk :
1) Mengikuti pendidikan dan latihan tentera
2) Kaum feudal atau tuan tanah perlu menyediakan kuda serta peralatan perang untuk disumbangkan kepada tentera.
3) Membentuk angkatan baharu yang disebut ‘Janisari’ dan ‘Inkisariyah’
Dalam struktur pemerintahan kerajaan ‘Uthmaniyyah’, khalifah merupakan penguasa tertinggi dan dibantu oleh perdana menteri (sadr al-a’zham) dan gabenor (pasya). Dibawah gabenor, wujudnya jawatan pegawai daerah (al-janaziq). Sultan Sulaiman I juga telah digelar (al-Qanuni) kerana beliau telah memperkenalkan pelbagai peraturan dan undang-undang yang telah diguna pakai hingga abad ke-19.
PERKEMBANGAN MENDAFTA, KEBANGKITAN NASIONALISME DAN CABARAN PIHAK BARAT
(1683M – 1827M)
ekonomi
Pendidikan di Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’ Suasana pendidikan pada Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’ telah berda pada tahap yang cemerlang. Iaitu pada zaman pemerintahn Sultan Muhammad Al-Fateh. (Muhammad II) Beliau sangat menitikberatkan soal ilmu dan pendidikan kerana baginda sendiri juga telah menerima pendidikan yang sempurna sejak kecil. Para alim ualam telah mendpat tempat yang tinggi disisi Sultan Muhammad al-fateh. Mereka telah memberi galakan yang baik kepada seluruh rakyat dalam mendalami ilmu pengetahuan.
PENDIDIKAN
Sultan Muhammad Al-Fateh telah menubuhkan beberapa institusi pendidikan tinggi iaitu :
1)Medresse yang bertaraf kolej
2)Mektebs yang boleh didapati pada setiap pelusuk kampong
Kesungguhan Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menjadikan rakyat dizaman pemerintahan menjadi golongan yang berpendidikan dan memiliki tahap intelektual yang tinggi terbukti telah Berjaya. Usaha ini telah menjadikan Turki sebuah Negara yang dipandang hebat dan dihormati oleh masyarakat dunia.
SOCIAL
Persiapan Awal Membebaskan Constantinople
Selama 2 tahun Sultan Muhammad Al-Fateh menaiki tahta. Baginda banyak mengkali pelan Kota Constantinople. Setiap malam baginda mengkaji bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga sempat mengkali kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang startegi yang sesuai untuk menyerang.
Baginda mengarahkan tenteranya untuk membina peralatan perang termoden seperti meriam besar. Meriam tersebut boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu.
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh membawa bersama para ulamak da pakar motivasi ke medan perang. Sebaik sahaja mereka menghampiri dinding berjemaah, tentera Byzantine gentar melihat 150 000 tentera islam bersolat dibelakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Pasukan Sultan Muhammad Al-Fateh tiba di Kota Constantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857 H atau 6 April 1453 M. Di hadapan tenteranya, sultan Al-Fateh lebih dahulu berkhutbah mengigatkan tentang kelebihan jihd, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan dihadapan Allah SWT.
KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN
(1828M – 1908M)
Selepas kemangkatan Sultan Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki ‘Uthmaniyyah’ . Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemerosotan dan kejatuhan ini :
1) Berlakunya peperangan antara umat islam
2) Keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat muda islam
3) Ramai umat islam bertindak murtad dari agama islam
4) Pengaruh luar
Pengaruh luar
Kejatuhan Turki ‘Uthmaniyyah’ telah memberi kesan kepada Negara-negara islam melalui 3 aspek iaitu :
1) Politik
Kerajaan Turiki ‘Uthmaniyyah’ telahpun kehilangan institusi khalifah dalam kerajaan islam dan menyebabkan perpecahan Negara-negara islam dibawah satu pemerintahan. Kejatuhan ini menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisyitiharkan Turki sebagai Negara republik. Mustafa Kamal yang mengantikan Kesultanan Uthmaniyyah dan menjadi Pemoden Turki muda dan membewa perubahan dalam sisitem politik Turki. Oleh itu, perubahan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan Khalifah di seruruh Negara Islam. Kelemahan kerajaan ini menyebabkan Negara dibawah naungannya telah membebaskan diri dan di takluk oleh pihak Eropah.
2) Ekonomi
Kemerosotan Turki ‘Uthmaniyyah’ telah mengakibatkanperang kerana Negara terpaksa membuat pembelanjaan yang besar untuk biaya perang. Selepas Perang Dunia 1, dengan persetujuan Sykes-Picot 1916 wilayah Turki ‘Uthmaniyyah’ telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Russia dan Itali. Penguasa Eropah dlam perdagangan menyebabkan Negara islam semakin merosot di Laut Hindi, Laut Mediternean. Oleh itu, Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hamper seluruh gedung besar perniagaan dan banyak melibatkan diri dalam pasaran saham.
3) Sosial
Permodenan Turki telah menjadi ikutan Negara islam yang lain. Kepercayaan Fabian Oibti Salama Musa di Iran telah berpendapat bahawa kebudayaan barat menjadi kunci kepada reformasi social. Inggeris menggalakkan pemisahan Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk menisdas kaum Kurdi dan Turki yang tinggal di utara Iraq.
PEMBUBARAN PEMERINTAHAN
(1908M – 1924M)
Akhirnya, kemerosotan Turki ‘Uthmaniyyah’ telah membawa kepada kejatuha yang teruk. Kedudukan kerajaan turki yang besar dan luas dahulu telah hilang sama sekali pada penghujung abad ke-18 dan tinggal hanya beberapa daerah kecik yang masih berada dibawah taklukan Sultan Turki.
Setelah kekalahan dlam Perang Sunia 1 di tahun 1912 – 1919, semua wilayah masih tetap berada dibawah Kerajaan Uthmaniyyah. Dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istambul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dank e barat seampai ke Gallipoli.
Nama kerajaan Uthamniyyah pada tahun 1922 dan diganti kepada Kerajaan Rupublik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anotolia yang masih berada di wilayah Republik Turki.