Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Salah Faham Terhadap Islam (FAHAMAN LIBERAL (PERJUANGAN ISLAM LIBERAL (2)…
Salah Faham Terhadap Islam
FAHAMAN LIBERAL
DEFINISI ISLAM LIBERAL
1) Mereka menggambarkan prinsip yang meraka anuti iaitu Islam menekankan kebebasan peribadi dan pembebasan daripada politik yang menindas
2) Liberal bagi golongan ini mempunyai dua maksud iaitu PEMBEBASAN dan KEBEBASAN
3) Percaya bahawa Islam ditampal dengan kata sifat namun hakikatnya Islam ditafsir secara berbeza-beza mengikut keinginan pentafsiran mereka
TOKOH ISLAM LIBERAL MALAYSIA
KASSIM AHMAD Menurutnya, menolak hadis bukan berarti hadis harus dibakar, akan tetapi buku hadis tetap ada dan hanya menjadi sebuah catatan sejarah sebagaimana buku sejarah yang lain. kita boleh membaca buku-buku hadis dengan syarat kita tidak boleh menerima sesuatu yang berkaitan dengan al-Qur’an, sejarah, kenyataan, sains dan akal.
PERJUANGAN ISLAM LIBERAL
2) Memilih politik sekular – Menganut agama pluralisme agama
3) Membenarkan perkahwinan berlainan agama – Membenarkan perwarisan berlainan agama
1) Membenarkan pengucapan salam kepada bukan Islam – Membenarkan orang Islam murtad bebas
4) Menyokong gerakan pembebasan wanita – Wanita boleh jadi pemimpin dan imam
FAHAMAN SEKULARISME
DEFINISI SEKULARISME
Berasal dari perkataan inggeris iaitu secular yang bermaksud keduniaan atau kebendaan bukan agama atau kerohanian
Dalam bahasa arab sekularisme dikenali sebagai Al-Laa Diniyah atau Ad- Dunyawiyyah yang bermaksud sesuatu yang berlawan dengan akhirat dan tiada hubungan dengan agama
KESAN SEKULARISME
Aspek Pemikiran : Keraguan terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta pembalasan Qadha dan Qadar menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh dan terkeliru dengan pendapat aliran-aliran Barat. Pemikiran umat Islam di sini semakin hari semakin rapuh dan memandang soal agama hanyalah semata-mata soal ritual sahaja
Aspek Sosial : Akibatnya keruntuhan moral dan akhlak berleluasa serta gejala-gejala seperti dadah, arak, aids, lesbian, homoseks semakin berleluasa peningkatannya. pemikiran sesetengah umat Islam yang boleh dianggap melampau apabila dalam sesetengah urusan, lantaran terlau ghairah memikirakan ketiadaan relevan antaranya dengan agama sehingga akhirnya seolah-olah mencemuh dan menghina hukum dan Al Quran
Aspek Politik : Pengasingan ulama’ di masjid dan ahli politik di parlimen dengan jelas mendokong ideologi sekularisme dan menolak fahaman islam yang meletakkan Islam sebagai cara hidup yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan termasuklah politik, ekonomi dan sosial
Aspek Ekonomi : Lahirnya dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang bermatlamatkan kekayaan dan material semata-mata tanpa memikirkan halal, haram, keadilan sosial, perkhidmatan serta kebajikan masyarakat.
FAHAMAN PLURALISME
DEFINISI PLURALISME
1) Sebuah konsep yang berkaitan dengan penerimaan terhadap agama-agama yang berbeza sebagaimana kenyataan pandangan dunia iaitu agama seseorang bukanlah sumber satu- satunya yang ekslusif bagi kebenaran
2) Menekankan aspek-aspek bersama yang terdapat dalam agama-agama
CONTOH PLURALISME
Siti Kasim memperjuangkan kalimah Allah untuk semua dengan konsep Allah ya Rabb Alamin, Allah tuhan seluruh alam. Beliau telah turun ke Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac 2014 bagi memberi sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.
FAHAMAN EKSTRIM
DEFINISI PLURALISME
Perkara penting dalam membentuk kesatuan umat Islam ialah menjauhi sikap melampau danmeringan-ringankan sesuatu perkara. Umat Islam ialah umat pertengahan dalam segala perkara Saidina Ali ra. pernah berkata: Hendaklah kamu berpegang kepada cara pertengahan. Orang yang tercicir dapat mengikutimu dan orang yang melampau dapat kembali kepadanya.
Imam Ahmad dalam musnadnya pula meriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud ra. dan berkata bahawa Rasulullah SAW menggariskan satu garisan dengan tangannya seraya bersabda: Ini ialah jalan Allah yang lurus Kemudian, Baginda membuat garisan di kanan dan kirinya, lalu bersabda Ini adalah jalan- jalan lain. Pada setiap jalan ini terdapat syaitan yang menyeru kepadanya.“
FAHAMAN TERPERINCI
Fahaman singkat juga bermaksud jalan mudah bagi seorang Islam mengamalkan ajaran Islam tertentu tetapi pada masa yang sama, dia meninggalkan ajaran Islam yang lain.
Contoh : 1. Terdapat segelintir umat Islam yang mementingkan akidah semata-mata sehingga memilih untuk mengambil jalan singkat dalam perkara-perkara amali, hukum fikah dan Syariah
ISLAMOPHOBIA
DEFINISI ISLAMOPHOBIA
Islamophobia adalah perasaan takut terhadap Islam dari segi ajaran Islam,budaya dan segalanya yang berkaitan dengan Islam.
Rasa takut dan benci terhadap islam, lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang islam.
Bermula dari zaman Nabi Muhammad seperti perlakuaan Abu Lahab dan para pembesar kafir quraisy
FAKTOR-FAKTOR SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
Faktor Dalaman
Perselisihan faham dan perpecahan antara umat Islam mendorong kepada kejatuhannya sesuatu Tamadun. – Mementingkan kelompok dan kumpulan tertentu yang dirasainya adalah yang paling betul dan benar, mengakibatkan segelintir umat Islam yang menghukum dan menyalahkan kelompok dan kumpulan yang lain. – Pengetahuan ilmu agama Islam yang kurang dan lemah boleh mendorong kepada cara hidup yang salah dan akhirnya umat manusia terus sesat dan hidup dalam kelegapan.
Faktor Luaran
Serangan pemikiran oleh orientalis Barat yang bertujuan menyesatkan umat Islam dengan agama Islam sendiri. Hal ini, golongan orientalis memasukkan unsur-unsur Barat dalam pemikiran umat Islam yang akhirnya umat Islam itu sendiri berpegang kepada agama Islam yang dikehendaki oleh Barat
Gerakan-gerakan Mubaligh Kristian dalam penyebaran agama Kristian masuk ke negara-negara Islam mengakibatkan segilintir umat Islam menjadi murtad.
Ajaran-ajaran sesat yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Waljammaah – Ajaran Ayah Pin pada tahun 1870-an di Terengganu