Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Islam dan Ideologi( kapitalisme & komunisme ) (Kapitalisme (Definisi…
Islam dan Ideologi( kapitalisme & komunisme )
Komunisme
Definisi Komunisme
1) Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya.
2) Komunisme lahir sebagai reaksi terhadap kapitalisme di abad ke-19, yang mana
mereka itu mementingkan individu pemilik dan mengenepikan buruh.
3) Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia
pada 7 November 1917.
Tokoh Komunisme
Prinsip asas komunisme yang digariskan oleh Karl Marx dan Engels (1969) yang mendefinisikan komunisme sebagai satu doktrin mengenai keadaan bagi kemerdekaan proletariat iaitu golongan pekerja ataupun buruh.
Komunisme dari segi:
Agama
Beranggapan bahawa agama adalah racun kepada masyarakat.
Tidak percaya akan kewujudan tuhan dan tidak menganut mana mana agama.
Beranggapan sekiranya adanya agama, komunisme pasti akan ditolak.
Politik
Pemerintah mempunyai kuasa tertinggi.
Menganut system satu parti iaitu Parti Komunis.
Mengkomuniskan dunia, masyarakat tanpa nasionalisme.
Menginginkan masyarakat tanpa kelas, hidup aman, tanpa pertentangan perombakan masyarakat dengan revolusi.
3.Ekonomi
Anti-kapitalisme.
Menganggap semua rakyat sama. Hasil produksi yang dikutip akan diserahkan kepada kerajaan.
Kerajaan akan mengagihkan hasil sama rata kepada setiap rakyat. Tiada rakyat yang akan hidup dalam kemiskinan ataupun kekayaan.
Komunisme di Tanah Melayu
1) Komunisme di Tanah Melayu telah wujud pada tahun 1930 dan gerakan komunis dikenali sebagai Parti Komunis Malaya atau singkatannya PKM.
2) Parti Komunis Malaya telah diwujudkan bagi menentang pentadbiran British yang memerintah pada waktu tersebut. Setelah kejatuhan British dan kemunculan Jepun, PKM telah membentuk Tentera Anti Jepun Tanah Melayu ataupun Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan Jepun.
3) Tentera Anti Jepun Tanah Melayu telah dibentuk akibat perbuatan zalim tentera Jepun di Tanah Melayu.
4) MPAJA yang pada mulanya ditubuhkan berdasarkan perjanjian yang dibuat bersama British pada tanggal 8 Disember 1940 kemudiannya telah mengambil langkah untuk membalas dendam terhadap sesiapa sahaja yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
Kapitalisme
Definisi kapitalisme
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan sumber kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan sendiri.
Sejarah kapitalis
Kapitalisme berasal dari perkataan bahasa Inggeris adalah capital yang bermaksud modal. Dari segi istilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme.
Konsep kapitalis
Konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam bukunya “The Wealth of Nations”. Modal merujuk kepada barang atau wang yang dipunyai oleh seseorang dan boleh digunakan untuk mengeluarkan lebih banyak barang atau mendapat lebih banyak wang. Sebagai contoh tanah, kilang, alatan, kedai dan mesin adalah modal. Jika seseorang mempunyai wang yang boleh dilabur, ini dipanggil modal juga.
Konsep pelaburan dalam kapitalis
Dalam kapitalisme terdapat konsep pelaburan. Individu-individu boleh mengumpulkan duit bersama untuk membina atau membeli sesuatu dan mereka ini adalah tuan punya harta yang dilaburkan. Dalam pasaran saham, mereka boleh membeli dan menjual saham. Pelaburan adalah ciri penting kapitalisme.
Ciri-Ciri Kapitalisme
1) Terdapat pembahagian kelas dalam mayarakat kelas pekerja buruh dan pemilik modal.
2) Persaingan antara pengusaha dan pengusaha yang lain menyebabkan sangat sulit untuk memperoleh keuntungan yang besar
3) Penentuan harga yang asal terjadi kerana mekanisme pasar yaitu hubungan antara jumlah permintaan (demand) dan jumlah penawaran (supply)
4) Semua kegiatan pengeluarannya di lakukan dengan tujuan mendapatkan keuntungan,sehingga mendorong kegiatan ekonomi di sebuah negara dengan dasar prinsip mendapatkan keuntungan sahaja.