Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JIHAD EKONOMI (gagasan rasul allah (Rasulullah s.a.w. ketika di Madinah…
JIHAD EKONOMI
gagasan rasul allah
Rasulullah s.a.w. ketika di Madinah telah mengambil pendekatan yang serius bagi menangani isu penguasaan ekonomi yang pada umumnya dikuasai oleh Yahudi. Salah satu tindakan yang dibuat pada permulaan hijrah ialah menguasai telaga-telaga air yang dikuasai oleh Yahudi
Rasulullah s.a.w. telah mengesyorkan sahabat-sahabatnya untuk menyewa sebuah telaga yahudi dengan bersyaratkan bahawa orang-orang Islam cuma menjual air telaga tersebut selama dua hari dalam seminggu
pakar ekonomi
pakar-pakar dalam bidang ekonomi seperti Abu Bakar r.a., ‘Umar bin al-Khattab r.a., ‘Uthman bin ‘Affan r.a. dan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf r.a
Baginda bersama-sama para sahabatnya memboikot segala kegiatan ekonomi yang berteraskan riba dan lain-lain penipuan
peranan akidah
. Dalam Islam terdapat tiga jenis tahap susunan maslahat yang sepatutnya difahami oleh umat Islam iaitu konsep daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah
umat Islam ialah berakidah hanya untuk mencapai tahap pertama sahaja atau tahap kedua, manakala tahap ketiga untuk umat lain.
Jika begini keadaannya, di zaman mana sekalipun umat Islam akan terus ketinggalan
-
membendung kemiskinan
Cara Islam membendung kemiskinan dapat dilihat menerusi sistem pengagihan zakat, sistem pewarisan, sistem wasiat, sedekah, ihya al-mawat dan lain-lain lagi
keluaran negara islam
Hampir separuh pengeluaran makanan dunia dihasilkan oleh negara-negara Islam, 85% pengeluaran kapas, 70% petroleum, 45% fosfat, 50% emas dan 70% minyak sawit (al-Khayyat, 1988).
aktivit larangan
Prinsip-perinsip yang batil dilarang seperti ihtikar, riba, penjualan barang-barang yang memusnahkan fungsi manusia seperti bangkai, berhala
-
pengaliran wang
Bagi mengawal pengaliran wang agar ianya dapat melumpuhkan monopoli pihak musuh, masyarakat Islam ketika itu digalakkan mengeluarkan produk keperluan harian mereka sendiri untuk dipasarkan
bersaing di pasaran
Mereka juga pada masa yang sama memasuki pasar-pasar yang dikuasai oleh Yahudi untuk membuka premis perniagaan mereka seperti yang dilakukan oleh ‘Abdul Rahman bin ‘Auf r.a
peranan harta
Manusia dituntut oleh Allah s.w.t. agar menjadi kaya tetapi kekayaannya itu bukan untuk dieksploitasikan untuk diri sendiri, sebaliknya diambil sekadar keperluannya dan keluarganya. Manakala yang lain-lainnya dituntut agar dibelanjakan kepada jalan Allah s.w.t. Disinilah letaknya kefahaman seseorang itu dari segi keperluannya, ada yang hanya mengambil sekadar yang perlu sahaja atau paling minima dan bakinya dimanfaatkan kepada jalan Allah s.w.t