Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ILMU PEMAKANAN DALAM KESIHATAN (LATAR BELAKANG (DEFINASI Makanan seimbang…
ILMU PEMAKANAN DALAM KESIHATAN
ISU
CARA PENAMBAHBAIK
Pihak bertanggungjawab menyediakan risalah-risalah tentang kesihatan seperti piramid makanan.
Ibu bapa berperanan penting bagi mendidik anak-anak mengamalkan pemakanan yang sihat di usia muda.
Kempen kesedaran seperti 'For Your Sweetheart' dan pendidikan tentang penyakit diabetes ajuran Persatuan Endoktrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) dan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) perlu disebarkan bagi memupuk kesedaran masyarakat.
Pemeriksaan kesihatan secara berterusan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Melakukan senaman ringkas sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk kecergasan tubuh badan.
HASIL DAPATAN
Pendedahan tentang ilmu pemakanan yang sihat penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh.
Pemeriksaan kesihatan secara berterusan perlu bagi mengetahui keadaan tubuh badan.
Ilmu kemahiran menggunakan teknologi penting untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui keadaan semasa dengan cepat dan mudah.
Kuantiti makanan yang diperlukan beza-beza bagi setiap individu.
Sokongan daripada pihak bertanggungjawab perlu dalam melaksanakan program yang melibatkan kesihatan masyarakat.
NILAI SECARA OBJEKTIF
Ilmu pengetahuan itu tidak terbatas. Manusia boleh mencari ilmu tanpa mengira usia.Setiap ilmu yang diperolehi membantu dalam meningkatakan kehidupan pada masa akan datang.
Ilmu tentang pemakanan yang sihat penting bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan serta menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit.
Konsep epistemologi membincangkan bahawa setiap tubuh ilmu mempunyai sumber yang tersendiri. Epistemologi boleh membezakan cara dan pemikiran manusia dengan menggunakan pendekatan induktif dan deduktif.
Konsep aksiologi membicarakan tentang nilai guna sesuatu ilmu. Mereka yang telah mempunyai ilmu tentang pemakanan yang sihat boleh menyebarkan ilmu agar bermanfaat untuk kegunaan orang lain pada masa akan datang. Amalan seperti diet pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan turut boleh dilakukan bagi mengekalkan kesihatan.
Konsep ontologi ilmu membicarakan kewujudan ilmu serta menyatakan bahawa ilmu mempunyai ruang lingkupnya. Walaupun genetik merupakan salah satu faktor mendapat penyakit seperti diabetes. Manusia perlu berusaha untuk mengawal dengan mendapat rawatan awal dari pakar, mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta mengambil makanan yang memberi pelbagai khasiat kepada tubuh.
Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam menambah kefahaman tentang ilmu kesihatan ini. Pendekatan induktif seperti menjalankan kajian tentang jumlah peratusan orang awam yang mempunyai penyakit diabetes dan kemudian membuat kesimpulan dengan menyatakan faktor berlakunya masalah tersebut. Pendekatan deduktif seperti masyarakat melayari internet atau menyertai kempen kesedaran untuk mendapatkan maklumat tentang cara penjagaan kesihatan kemudian mengamalkan cara tersebut untuk mengekalkan kesihatan.
Penyakit seperti diabetes boleh membawa maut dalam jangka masa yang panjang jika tidak dibendung pada peringkat awal. Penghidap penyakit ini berkemungkinan akan kehilangan kaki kerana jangkitan virus yang merebak sehingga menyebabkan kerosakan saraf. Daya penglihatan turut terjejas dan berpotensi untuk mengalami buta pada mata.
LATAR BELAKANG
DEFINASI
Makanan seimbang haruslah mengandungi nutrisi yang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral pada kadar yang betul.
TAJUK
Ilmu pemakanan yang sihat penting bagi mengekalkan kesihatan.
OBJEKTIF
Memberi kesedaran kepada setiap golongan masyarakat tentang kepentingan makan makanan yang sihat.
Meyediakan panduan makanan yang sihat kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak di usia muda.
Mengemukakan cara meningkatkan kecergasan tubuh badan.
ISU
Kesihatan masyarakat semakin terjejas akibat kurangnya ilmu dalam pemakanan yang sihat.
KONSEP DAN PENDEKATAN
EPISTEMOLOGI
PANCAINDERA
Penglihatan (mata)
Penciuman (hidung)
Rasa (lidah)
Sentuhan (kulit)
Pendengaran (telinga)
25 Jun 2011
-
The Lancet
merupakan jurnal perubatan (350 juta orang dewasa di seluruh dunia menghidap diabetes)
Masyarakat mengalami kekurangan berat badan secara drastik, kerap dahaga dan kerap buang air kecil pada waktu malam, sentiasa penat, sentiasa lapar, luka yang mengambil masa lama untuk pulih, dan jarak penglihatan yang merosot .
AKAL
Manusia diberikan akal untuk membezakan baik dan buruk sesuatu tindakan.
Aliran rasionalisme digunakan.
Pendekatan deduktif dikaitakan kerana manusia perlu memahami terlebih dahulu ilmu pemakanan yang sihat dengan melayari internet ataupun mencari maklumat di keratan akhbar.
Maklumat yang diperolehi boleh disebarkan agar ilmu tersebut dapat diamalkan dalam kehidupan harian.
INTIUISI / ILHAM
Intiuisi ialah pengetahuan yang datang secara tiba-tiba tanpa penalaran atau analisis.
Masyarakat kini mudah mendapat maklumat daripada media sosial.
Sebagai contoh, jumlah pesakit yang mengalami diabetes meningkat sebanyak dua kali ganda sejak 1980, maklumat ini diketahui apabila wujudnya artikal di media sosial.
Kesedaran akan muncul apabila masyarakat mula mengamalkan pemakanan yang sihat di peringkat awal.
Ilmu penggunaan teknologi turut memainkan peranan penting dalam memperoleh maklumat yang terkini.
WAHYU
Memberitahu dengan segera atau segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat diketahuinya.
Penyebaran ilmu tentang kesihatan dapat diketahui dengan wujudnya aplikasi secara dalam talian.
ONTOLOGI
RUANG LINGKUP ILMU
Ontologi mempunyai prinsip holistik, prinsip humanistik dan prinsip sainstifik.
Ilmu tentang pemakanan yang sihat kini boleh didapati di mana-mana sahaja seperti media sosial, surat khabar, dan google.
Masyarakat beranggapan bahawa penyakit seperti diabetes ini daripada keturunan dan tidak boleh dibendung.
Setiap penyakit boleh dirawat dengan berusaha untuk mendapatkan rawatan.
- Pendekatan deduktif
Masyarakat mendapat maklumat dan melakukan tindakan yang sewajarnya seperti makan makanan yang mempunyai khasiat yang berbeza untuk tubuh badan.
- Pendekatan induktif
Soal jawab telah dilakukan secara dalam talian dan disebarkan kepada orang ramai, hasil dapatan membantu dalam membuat kesimpulan tentang kesihatan manusia yang terjejas akibat tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.
AKSIOLOGI
NILAI GUNA SESUATU ILMU
Nilai kebendaan dan nilai kerohanian memainkan peranan penting kerana setiap agama menyeru penganutnya melakukan kebaikan.
Masyarakat beranggapan bahawa manusia yang memiliki tubuh yang besar sahaja akan cenderung menghidap penyakit diabetes.
Namun, kajian mendapati bahawa mereka yang memiliki tubuh yang kurus juga berpotensi menghidap pelbagai penyakit.
Masyarakat sudah terbiasa dengan amalan sekiranya apabila sakit hanya perlu makan ubat tanpa mendapat nasihat dari doktor.
Kekurangan ilmu tentang pemakanan akan menyebabkan masyarakat menghidap pelbagai penyakit seperti diabetes.
Penghidap diabetes akan beremosi kerana bimbang akan perubahan gula dalam darah sehingga menjadikan mereka stres memikirkannya.
Perubahan cara hidup yang sentiasa lapar dan dahaga dan kerap membuang air turut dirasai oleh penghidap diabetes.
Penghidap diabetes turut mengalami penurunan berat badan serta kemerosotan penglihatan dan berkemungkinan untuk buta jika masalah ini berpanjangan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak beperanan penting bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakt tentang ilmu pemakanan yang sihat. Hal yang demikian ini kerana, masyarakat mudah terdedah dengan pengambilan makanan yang tidak sihat secara berlebihan dan meningkatkan kolestrol serta paras gula dalam badan sehingga menghidap pelbagai penyakit seperti diabetes. Panduan jadual seperti piramid makanan amat membantu dalam penjagaan kesihatan. Masyarakat perlu didedahkan dengan amalan gaya hidup yang sihat disamping amalan pemakanan yang seimbang. Sebagai contoh, masyarakat boleh melakukan senaman harian, mengawal pemakanan yang tidak sihat, menyediakan jadual untuk melakukan pemeriksaan kesihatan serta mendapat nasihat daripada doktor dan sebagainya.