Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
jihad & keganasan (pengertian jihad (menurut al-naisuburiy…
jihad & keganasan
pengertian jihad
Jihad segi bahasa ialah daripada perkataan al-Jahd yang bermakna kesukaran yang amat sangat (musyaqqah) dan perkataan al-Juhd bermakna usaha dan tenaga
menurut al-naisuburiy
membelanjakan segala usaha untuk mencapai sesuatu maksud. Ia juga bermaksud membelanjakan segala usaha berperang pada jalan Allah secara langsung, atau menerusi harta, atau buah fikiran, memperbanyakkan baju besi dan sebagainya (Haikal, 1996).
menumpukan usaha dan tenaga untuk menentang orang-orang kafir dan menghadapi mereka dengan jiwa, harta dan lidah (Zuhailiy, 1989).
-
maksud jihad
dua perkataan yang lahir daripada sumber yang sama dengan al-Jihad iaitu al-Ijtihad dan al-Mujahadah
Perkataan al-Jihad, al-Ijtihad dan al-Mujahadah memberi maksud mengerahkan keupayaan secara maksimum (bersungguh-sungguh) dan berakar umbi daripada huruf yang sama iaitu Jahada
al-ijtihad
menurut terminologi, penggunaannya seringkali didapati dalam disiplin ilmu Usul al-Fiqh
bersungguh-sungguh mengerahkan kemampuan intelek (aqliyyah) dalam usaha mendapatkan suatu ketetapan hukum
al-mujahadah
dari sudut penggunaannya lebih tertumpu kepada aspek kerohaniaan dan seringkali diguna pakai dalam disiplin ilmu tasawuf
bersungguh-sungguh mengerahkan kemampuan atau keupayaan(menumpukan kepada pengerahan keupayaan jiwa nurani)
al jihad & al qital
al qital(al-Qital lebih tertumpu kepada peperangan yang menggunakan senjata serta menyebabkan berlakunya pembunuhan antara satu sama lain)
al jihad(umunya mengerahkan keupayaan sama ada dari aspek harta benda, tenaga dan pemikiran untuk meletakkan agama Allah s.w.t. pada tempat yang sewajarnya )
-
al jihad
pengerahan upaya kekuatan yang berbentuk lahiriyyah atau fizikal seperti dengan kekuatan anggota tubuh badan dan harta benda dalam usaha menegakkan agama Allah
definisi al jihad
Mencurahkan segala tenaga dan keupayaan dalam memerangi orang-orang kafir dan menahan serangan mereka dengan jiwa, harta dan lidah
-