Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAJUK : TAHAP KESEDARAN TERHADAP PELAKSANAAN HOTEL PATUH SYARIAH MENURUT…
TAJUK : TAHAP KESEDARAN TERHADAP PELAKSANAAN HOTEL PATUH SYARIAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
LATAR BELAKANG
Industri pelancongan merupakan satu komponen penting dalam menjana ekonomi
negara. Salah satu bidang yang berkait rapat dalam industri ini adalah perkhidmatan perhotelan halal atau patuh syarak. Perkhidmatan ini dilihat semakin hari semakin pesat berkembang di Malaysia. Hal ini berlaku disebabkan banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel yand dapat memberi kepuasan kepada pelanggan sekaligus membantu memudahkan urusan masyarakat dijalankan disana. Terdapat beberapa aspek penting yang wajib dipenuhi dalam pengurusan islam termasuklah dalam bidang perhotelan, antaranya proses penetapan syarat. Setiap pengusaha hotel mesti menetapkan syarat supaya dipatuhi seprti penyediaan makanan halal, pakaian menutup aurat dan sebagainya.
Antara objektif dalam isu ini ialah untuk mengenal pasti thap kesedaran pelajar dalam aspek pengetahuan tentang hotel patuh syariah. Seterusnya untuk mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap penerimaan isu-isu yang berkaitan pelaksanaan hotel patuh syariah di Malaysia.
Isu-isu yang terdapat dalam ini ialah masalah surau dan tandas yang tidak mesra kepada pengguna, kolam renang yang bercampur antara lelaki dan perempuan dan masalah lif yang lambat sama ada pada waktu puncak atau di luar waktu puncak.
KONSEP
B.
AKSIOLOGI
Aksiologi merupakan satu aspek nilai ilmu ataupun teori nilai.
Satu cabang filsafat ilmu yang membicarakan tentang tujuan ilmu pengetahuan itu sendiri dan bagaimana manusia menggunakan ilmu tersebut.
Kita perlu memastikan perkara yang ingin kita lakukan itu adalah bernilai. Ia juga dikaitkan dengan kegunaan sesuatu ilmu dan hakikatnya sebagai satu kumpulan pengetahuan yang berguna dalam menjelaskan, meramalkan dan menganalisis.
Dalam isu ini, pihak pengurusan hotel menerapkan nilai-nilai kesedaran kepada semua pelanggan yang datang ke hotel malah kepada pekerja hotel tersebut.
C.
ONTOLOGI
Ontologi adalah pemikiran ilmu mengenai yang ada dan keberadaannya.
Merupakan ilmu pengetahuan yang paling universal, menyeluruh dan paling kuno.
Industri perhotelan patuh syariah di Malaysia semakin berkembang pesat dan dilihat berjaya sekiranya mampu menarik perhatian pengguna terutama pelancong daripada timur tengah. Walaupun pengurusan hotel patuh syariah adalah pilihan namun pengusaha sepatutnya bertanggungjawab memastikan keperluan pengguna dan hak Muslim dihormati.
A .
EPISTEMOLOGI
Epistemologi berasal dari bahasa Yunani dari kata “epistem” yang bererti pengetahuan atau ilmu pengetahuan. Sedangkan “logos” yang juga bererti pengetahuan.
Dalam isu ni, epistemologi ialah industri pelancongan. Salah satu bidang yang berkait rapat dalam bidang ini ialah perkhidmatan perhotelan halal atau patuh syarak. Perkhidmatan ini dilihat semakin hari semakin pesat berkembang di Malaysia.
Epistemologi adalah cabang filsafat yang membahas mengenai ilmu pengetahuan yang meliputi berbagai ruang lingkup ilmu meliputi sumber-sumber, watak dan kebenaran manusia.
Hal ini berlaku disebabkan banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel yand dapat memberi kepuasan kepada pelanggan sekaligus membantu memudahkan urusan masyarakat dijalankan disana
PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN
Pendekatan induktif ialah keterbalikan kepada kaedah deduktif. Ia adalah penalaran daripada kes-kes khusus kepada kesimpulan atau rumusan umum.
Merupakan sistem penalaran yang menelaah prinsip-prinsip penyimpulan yang sah dari sejumlah hal-hal yang khusus kepada kesimpulan yang bersifat barangkali.
Ia juga menekankan kepada pemerhatian.
Pendekatan yang digunakan ialah induktif yang mana industri perhotelan meninjau tahap kesedaran tentang pengetahuan berkaitan hotel patuh syariah, ciri-ciri hotel patuh syariah dan isu-isu dalam melaksanakannya di Malaysia. Sampel kajian telah dibuat secara menyeluruh.
CARA PENAMBAHBAIKAN
1 ) Menambahkan atau menyediakan bilik khas atau surau.
Pihak pengurusan hotel perlu menyediakan bilik khas atau surau yang dilengkapi dengan kemudahan tempat mengambil wuduk bagi memudahkan urusan solat dilakukan. Ini sebagai langkah mesra muslim bagi memberi kemudahan kepada pekerja dan pelanggan menunaikan solat lima waktu secara berjamaah. Suasana di sekitar bilik penginapan, terutama di bahagian ruangan untuk solat seharusnya tiada sebarang gambar yang boleh menganggu kekhusyukan solat
3) Membuat tingkat khas bagi pelanggan wanita dan disediakan kepada housekeeping wanita
Cara ini sangat sesuai dilaksanakan apabila tetamu terlalu ramai dan dapat menjaga keselamatan pengunjung wanita yang bersendirian.
2) Mewujudkan kolam renang khas bagi wanita
Kolam renang khas bagi wanita ini perlu dipopularkan di media supaya ia boleh menjadi satu tarikan kepada pelancong-pelancong muslim dari negara lain. Hal ini akan memberi gambaran bahawa pihak pengurusan hotel memberikan keprihatinan yang tinggi kepada kaum wanita.
ISU YANG DIBINCANGKAN
2) Masalah lif yang lambat sama ada pada waktu puncak atau di luar waktu puncak
Antara sebab utama perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh masalah teknikal tetapi hal ini adalah sangat tinggi untuk menguruskan sesebuah hotel. Pelbagai perkara boleh berlaku di dalam lif dan semasa menunggu lif dalam keadaan kesesakan serta dalam situasi percampuran lelaki dan wanita tersebut.
1) Masalah surau dan tandas yang tidak mesra kepada pengguna.
Kebanyakan pelancong yang datang ke Malaysia adalah beragama Islam malah ia turut menjadi pilihan pengunjung bukan beragama Islam. Aspek kebersihan terutama melibatkan tandas perlu diberi penekanan utama, bersesuaian dengan peranan institusi masjid sebagai tempat ibadah bagi umat islam. Oleh itu, pihak pengurusan hotel haruslah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memikirkan mengenai keperluan dan keselesaan bagi pengguna.
3) Kolam mandi yang bercampur antara lelaki dan perempuan
Kebiasaan hotel yang menyediakan kolam renang adalah tertumpu kepada semua orang samada lelaki atau perempuan. Hal ini dikatakan demikian kerana kehormatan bagi seseorang perempuan juga boleh rosak akibat mata manusia yang melihatnya. Sifat cemburu si lelaki muslim berfungsi dalam memelihara kehormatan sebagai seorang perempuan. apabila berada di dalam kolam, lelaki mesti munutup aurat walaupun mandi di tempat umum, manakala perempuan juga mesti menutup aurat tatkala mandi di tempat mandi yang dikhaskan untuk perempuan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, tahap kesedaran terhadap pelaksanaan hotel patuh syariah berada pada tahap yang baik termasuklah aspek pengetahuan, ciri-ciri pengurusan hotel mengikut perspektif islam dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaannya di Malaysia..Pengusaha hotel patuh syariah perlu mempelajari dan memahami bagaimana pengurusan yang dianjurkan dalam Islam yang patut dijalankan dalam industri perhotelan. Para pengguna juga mesti memainkan peranan mereka supaya memilih hotel yang diurus oleh Muslim supaya tiada keraguan terutamanya dari segi pemakanan halal. Manakala pihak kerajaan perlulah memainkan peranan dalam menggubal akta-akta yang melibatkan kebajikan umat Islam.
.