Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBEZAAN TEORI, Carl Rogers & Abraham Maslow, Albert Bandura, ZAITON…
PERBEZAAN TEORI
HUMANISME
PRINSIP
- Mengasaskan kepentingan cara pengajaran yang dapat memenuhi kehendak individu berdasarkan perkembangan emosinya. Dalam konteks pendidikan, guru membantu klien (pelajar) bagi mengenalpasti masalah, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian
- Sumber motivasi intrinsik. Lebih mementingkan keperluan harga diri, kepuasan kendiri dan penentuan kendiri
KEKUATAN
- Berfokuskan unsur-unsur minat dan keperluan asas manusia
- Menekankan pentingnya isi dari proses belajar bersifat eklektik
- Memberi peluang kepada guru untuk memupuk pelajar bersifat induktif, mementingkan pengalaman serta memerlukan penglibatan secara aktif dalam proses belajar
KELEMAHAN
- Terlalu memberi kebebasan kepada pelajar
PELUANG
- Guru dapat membentuk murid dalam mencapai tahap perkembangan diri yang jauh melebihi tahap maksimum seterusnya melahirkan murid yang mampu untuk berubah ke arah kualiti hidup yang tinggi
ANCAMAN
- Murid-murid akan mementingkan diri kerana ingin memenuhi keperluan diri masing-masing
- Murid akan terlalu cerewet dan ingin akan keselesaan diri sendiri yang melampau
IMPLIKASI
- Guru perlu sedar bahawa setiap murid mempunyai keperluan asas yang perlu dipenuhi terlebih dahulu
- Guru perlu peruntukkan sedikit masa pada awal sesi pengajaran untuk mengenalpasti apakah kekurangan dari segi keperluan asas yang perlu diberi perhatian
- Perhatian perlu diberi terhadap pemilihan tugasan pembelajaran yang dapat meransangkan minat dan naluri ingin tahu dalam kalangan murid-murid
SOSIAL
PRINSIP
- Gabungan peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik. Para pelajar ditekankan agar menggunakan pemikiran dalam dan tidak bergantung pada pelaziman operan seperti dalam teori Behavioris
- Sumber motivasi intrinsik. Mementingkan penglibatan dalam komuniti pembelajaran, identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan
KEKUATAN
- Setiap kanak-kanak memerlukan kaedah pembelajaran yang berbeza
- Murid dapat berinteraksi sama ada dengan murid atau guru semasa proses pembelajaran
- Murid dapat berkongsi idea dan pendapat ketika pembelajaran
KELEMAHAN
- Tidak memberi penekanan kepada kognitif tahap tinggi
- Murid tidak dirangsang untuk berfikir secara optimum
- Murid berinteraksi tetapi kadang kala interaksi tersebut adalah tidak bermakna
PELUANG
- Guru dapat memberi peluang yang sama kepada murid untuk memperoleh pencapaian cemerlang kerana dengan adanya aktiviti berkumpulan, mereka dapat menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping dapat memikirkan cara menyelesaikan masalah yang timbul
ANCAMAN
- Guru yang gagal mengawal murid akan menghasilkan generasi yang tidak produktif kepada negara
- Tidak ada pelapis negara yang berkaliber dan berkualiti
IMPLIKASI
- Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini. Oleh itu, guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang positif
- Guru menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Intensif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam kalangan murid
-
-
-
-
-
-