Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) - Coggle Diagram
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD)
Ditakrifkan sebagai pengalaman pembelajaran guru dan pemimpin sekolah melalui pelibatan secara formal dan tidak formal dalam pelbagai aktiviti PPB sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri profesional yang berkaitan bagi meningkatkan kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.
(Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM Edisi 2014)
Objektif
Memenuhi keperluan PPP mengikuti kursus wajib CPD sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh gred semasa.
Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan/pengurusan pendidikan secara berterusan
Memastikan PPP memperoleh (acquire), menambahbaik (improve), menguasai (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan PdP, keberhasilan serta kemenjadian murid
Menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi sesi latihan, pembelajaran dan pembangunan kendiri
Atribut yang dihasratkan
Guru dan pemimpin sekolah
Kompeten
Profisien
Beraspirasi
Strategis
Berwawasan
Peranan dan tanggungjawab guru dan pemimpin sekolah
Pembimbing dan Mentor
Penggerak
Peneraju perubahan
Pelaksana
Pemikir holistik
Aktiviti PPB
Lawatan penanda aras
Wacana Ilmu
Kursus
Bengkel
Kepentingan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB)
Memenuhi kepuasan kendiri melalui peningkatan imej profesional dan kemajuan kerjaya
Meningkatkan kapasiti pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat supaya dapat memberikan sumbangan secara berterusan dan berkesan
Membangunkan kompetensi, potensi, bakat dan kualiti diri setaraf guru di negara berpencapaian tinggi dalam bidang pendidikan
Memperoleh pengalaman baharu melalui aplikasi pengetahuan dan kemahiran terkini
Meningkatkan keberhasilan murid bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja abad ke-21
Faktor Kejayaan PPB
Penggunaan standard tinggi dan baharu sebagai asas penilaian
Kesepaduan tindakan dari aspek pemahaman, penilaian dan akauntabiliti
Penggunaan secara optimum infrastruktur dan infostruktur bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan
Penggemblengan dan penggunaan secara kolaboratif dan optimum sumber baharu dan sedia ada
Perubahan paradigma, jiwa dan kesedaran bahawa PPB amat kritikal untuk keberhasilan murid