Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA)
Etika kaunseling di Malaysia oleh…
Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA)
Etika kaunseling di Malaysia oleh PERKAMA iaitu NGO yang menggerakkan profesional kaunseling di Malaysia
Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
Kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fisikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau dalam apa bentuk sekalipun.
-
Contohnya, terdapat klien yang mempunyai sosok tubuh badan yang menawan, kaunselor tidak boleh membodek atau menggunakan kelebihan yang ada pada klien untuk menyelesaikan masalah klien seperti melakukan gangguan seksual terhadap klien.
Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.
Contohnya, sebelum bermula sesi kaunseling, kaunselor terlebih dahulu perlu menerangkan kepada klien berkenaan dengan proses dan implikasi semasa dan selepas sesi dijalankan.
Contohnya, Ali sebagai kaunselor di sebuah kolej vokasional sentiasa mengikut seminar dan kursus berkaitan dengan kaunseling bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan kecekapan dalam kerjanya.
Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.
Contohnya, Alia dan afiqah merupakan rakan sekerja dan bekerja ditempat yang sama, oleh itu alia dan afiqah perlu sentiasa berlaku adil dan profesional dalam melakukan kerja mereka.
Contohnya, kaunselor dilarang sesama sekali menlanggar undang-undang negara ketika melaksanakan tugas mereka.
Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.
Contohnya, kaunselor perlu memberi komitmen penuh ketika menjalankan kerja dengan mengikut apa yang telah dipersetujui oleh organisasi tersebut.
Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.
Contohnya, sekiranya terdapat rakan sekerja difitnah dan mendapat tomahan, kaunselor perlu membela dan mempertahankan rakan sekerja daipada menjadi mangsa keadaan serta membantu rakan sekerja mencari jalan penyelesaian.
Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien sama ada klien itu individu atau dari klien korporat.
Contohnya, kaunselor perlu menjaga perasaan dan kepentingan klien ketika menjalani sesi kaunseling. Tidak menyinggung perasaan klien sesuka hati.
-
Contohnya, kaunselor terlebih dahulu perlu mengetahui berkenaan dengan latar belakang klien sebelum melakukan sesi kaunseling agar tidak menyentuh sensitiviti sosio budaya klien.
Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
Contohnya, kaunselor yang berjaya dan mempunyai intergriti yang tinggi ialah klien yang mengikut polisi dan prosedur yang telah ditetapkan ketika menjalankan tugas mereka.