Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERSATUAN KAUNSELOR MALAYSIA (PERKAMA) - Coggle Diagram
PERSATUAN KAUNSELOR MALAYSIA (PERKAMA)
Sebuah persatuan untuk menggerakkan profesional kaunseling di Malaysia
Tujuan- tujuan PERKAMA
Memajukan amalan kaunseling secara profesional.
Menggalak dan membantu ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks profesional ahli-ahlinya.
Memajukan perkembangan profesional ahli-ahlinya.
Memperteguhkan identiti, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.
Menyediakan sumber tenaga profesional dalam bidang kaunseling bagi membantu masyarakat dalam menangani isu-isu sosial dan kesihatan mental.
Kod Etika Kaunselor yang digariskan PERKAMA
Hubungan professional dengan klien, rakan kaunselor, majikan, individu, profesion dan masyarakat
Penyelidikan / penerbitan merangkumi etika, persetujuan klien / subjek
Program latihan
Penggunaan instrumen pengukuran dan penilaian pentafsiran keputusan ujian
Menggariskan kod etika dan beberapa standard yang perlu di patuhi oleh kaunselor
Ciri-Ciri Kaunseling
Bertanggungjawab terhadap kepentingan klien
Contohnya, Cikgu Amin tidak menghukum atau mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati Abu di atas perbuatannya menagih dadah
Memahami klien
Contohnya, Cikgu siti tidak menghukum Samad diatas masalah disiplin yang dilakukan kerana dia faham situasi dan tahu latar belakang sosiobudaya Samad
Memelihara fizikal dan psikologi klien
Contohnya, Puteri berjumpa dengan kaunselor dengan berpakaian yang seksi, Kaunselor perlu menjaga kehormatan klien dengan tidak melakukan gangguan seksual semasa sesi kaunseling
Menjelaskan perkara yang akan dilakukan
Contohnya, kaunselor menjelaskan kesan dan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang sesi kaunseling berlangsung agar klien tidak terkejut dan faham dengan proses yang akan dilakukan
Menghormati rakan sekerja
Contohnya, Azwan merupakan kaunselor baru di sebuah sekolah. Dia telah mencadangkan idea penambahbaikkan untuk Jabatan Kaunselor di sekolah tersebut. Farid dan Milah perlu menerima idea yang diberikan walaupun dia merupakan pekerja baru
Mematuhi undang-undang negara
Contohnya, Cikgu Bedah sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan negara dan tidak melanggar etika yang telah digariskan
Mengikut polisi dan prosedur
Contohnya, organisasi kaunseling yang dikendalikan oleh Puan Azzira berjaya dengan cemerlang kerana dia berusaha meningkatkan kecekapan organisasi dan mengikut polisi dan prosedur yang telah ditetapkan