ETIKA KAUNSELING
Bertanggungjawab dengan kepentingan klien
Kaunselor harus bersifat dalam bertanggungjawab atas kepentingan klien secara individu mahupun organisasi
CONTOH ✅
Kaunselor memberi nasihat tanpa mengguris hati Ali atau melabel Ali atas perbuatan yang dilakukannya
Memahami Klien
Kaunselor haruslah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya atau kehidupan sosial klien
CONTOH ✅
Kaunselor tidak menghukum Aminah dengan kehidupan sosialnya malah kaunselor harus menasihat Aminah untuk meninggalkan kehidupan sosial yang melampau itu
Memelihara fizikal dan psikologi klien
Kaunselor haruslah memelihara psikologi dan fizikal klien dan tidak boleh menggunakan faktor tersebut untuk kepentingan kaunselor tidak mengira aspek kewangan ataupun emosi
CONTOH ✅
Alia mempunyai tubuh badan yang cantik dan seksi. Sehubungan dengan itu, semasa sesi kaunseling kaunselor haruslah menghormati Alia dan tidak melakukan gangguan seksual
Menjelaskan perkara yang akan dilakukan semasa sesi kaunseling
Kaunselor akan menerangkan perkara yang klien akan dapat sebelum dan selepas melakukan sesi kaunseling dan keperluan yang akan berlaku semasa sesi kaunseling
CONTOH ✅
Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah menjelaskan implikasi perkhidmatan kaunseling, proses yang akan dilakukan dengan klien
Sikap menghormati rakan sekerja
Kaunselor haruslah menunjukkan sikap dalam menghormati, adil dan berfikiran terbuka dengan rakan sekerja
CONTOH ✅
Hanis dan Hanim merupakan rakan sekerja. Oleh itu, Hanis haruslah menerima idea yang diberi oleh Hanim walaupun Hanim merupakan pekerja terbaru
Menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling
Kaunselor perlu menerangkan kepada klien tentang perkara yang perlu dalam sesi kaunseling
CONTOH ✅
Semasa sesi kaunseling, Ahmad akan diterangkan terlebih dahulu perkara yang akan dijalankan ketika sesi kaunseling seperti mengenai keperluan, proses dan implikasi kaunseling
Mematuhi undang-undang negara
Kaunselor perlu mematuhi undang-undnag negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undnag tersebut
CONTOH ✅
Sebagai kaunselor hendaklah bertugas merujuk undang-undang negara dan tidak melanggar peraturan
Mengikut polisi dan prosedur
Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya
CONTOH ✅
Aminah menjadi seorang kaunselor yang berjaya kerana Aminah mengikut polisi dan prosedur yang betul berkenaan sesi kaunseling