Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKAMA :silhouettes:, (Satu pertubuhan NGO di Malaysia yang menggerakkan…
PERKAMA :silhouettes:
-
-
CIRI - CIRI PERKAMA
- Bertanggungjawab dengan kepentingan klien
Sikap tanggungjawab merupakan sikap asas yang perlu dipegang teguh oleh setiap diri yang bergelar kaunselor kerana mereka memegang amanah setiap klien.
CONTOH : Puan Amira merupakan seorang kaunselor yang sering memberi nasihat kepada Amir dalam membantu Amir untuk terus berusaha dan tidak putus asa dalam pembelajaran. Puan Amira tidak pernah menghukum Amir meskipun dia mempunyai masalah pembelajaran malah tetap menyokong Amir dari belakang.
- Memelihara fizikal dan psikologi klien
Kaunselor tidak boleh menggunakan aspek fizikal & psikologi klien untuk kepentingan diri mereka.
CONTOH: Sarah seorang pelayan bar yang mempunyai tubuh badan seksi. Semasa sesi kaunseling yang berlaku, kaunselor hendaklah menghormati diri Sarah dan mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan.
- Menerangkan apa yang berlaku ketika sesi kaunseling
Menerangkan perkara yang akan berlaku sebelum dan selepas semasa sesi kaunseling berlangsung.
CONTOH: Sebelum sesi kaunseling bermula, kaunselor akan memberikan sedikit pencerahan apa yang akan berlaku semasa proses kaunseling dan implikasi-implikasi yang akan berlaku.
- Saling menghormati terhadap rakan sekerja
Sentiasa menghormati, bersikap adil dan berfikiran terbuka sesama rakan sekerja.
CONTOH : Meskipun Abi dan Ami merupakan rakan karib di tempat kerja, mereka hendaklah saling menghormati pendapat dan keputusan masing- masing dan tidak bertelagah sesama sendiri.
- Menjelaskan tentang keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling dengan jelas
Menerangkan apa yang berlaku tentang keperluan, proses dan impilkasi sesi kaunseling.
CONTOH : Sebelum sesi kaunseling bermula, Alya telah diberi pencerahan yang jelas tentang apa yang akan berlaku perkara yang akan dijalankan semasa sesi kaunseling, proses dan implikasi perkhidmatan ini.
- Mematuhi undang- undang negara
Mematuhi undang-undang negara yang ditetapkan.
CONTOH : Kaunselor hendaklah sentiasa merujuk undang-undang negara dan tidak melanggar peraturan.
- Mengikut polisi dan prosedur
Mengikut polisi dan prosedur, meningkatkan kecekapan diri dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
CONTOH : Tuan Hakim merupakan seorang kaunselor yang disenangi ramai kerana dia sentiasa mengikut polisi dan prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.
Kaunselor haruslah memahami setiap klien dengan cuba meletakkan dirinya pada tempat mereka dan tidak menghukum mereka.
CONTOH: Meskipun Abu seorang pekerja di kelab malam, Encik Aiman (Kaunselor) tidak menghukumnya dan sering membantu Abu menyelesaikan masalah yang membelenggu dirinya.
-
Tujuan utama persatuan ini ialah mengadakan satu asas profesional sepunya untuk kaunselor atau ahli profesional berkaitan di Malaysia, dari segi orientasi profesional dan semangat setia kawan
-
-
-
-
-
-
-