Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME - Coggle Diagram
PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
KONSEP
Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
IMPLIKASI
PdP berpusatkan murid
Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannyan dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
KELEBIHAN
Murid akan:
Lebih berfikir
Lebih faham
Lebih ingat
Lebih yakin
Lebih berkemahiran sosial
Lebih seronok
CIRI-CIRI
Menggalakkan murid bertanya dan berdailog dengan murid dan guru.
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang penting dengan hasil pembelajaran.
Menyokong pembelajaran secara koperatif.
Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.
Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.
Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan meggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.