Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 8 PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL -…
BAB 8
PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL
DEFINISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL
mengakui bahawa pilihan atau pembuatan keputusan dan tingkahlaku seseorang memberi kesan kepada alam persekitaraan di mana ia tinggal.
keputusan yag diambil sebagai individu, pekerja, majikan, rakyat, profesional dan ahli politik memberi impak kepada persekitaran sosial dan fizikal
GLOBAL
manusia juga mempunyai tanggungjawab ke atas kesejahteraan sosial bagi seluruh penduduk dunia
INDIVIDU
sebagai warga yang bertanggungjawab sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakatnya atau negaranya
SEJARAH KEMUNCULAN PRINSIP TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Revolusi industri di Barat
Ketamakan para kapitalis mengejar keuntungan menyebabkan timbulnya isu penindasan ke atas golongan pekerja
Abad ke-20, syarikat besar mula memberikan tumpuan kepada isu kecekapan dan keperluan pekerja
Pada tahun 1950an, beberapa organisasi yang menyediakan kerja amal dan sumbangan, tetapi idea tanggungjawab sosial belum benar-benar terbentuk
Kini, fokus kepada pembangunan sumber manusia, kenegaraan dan teknologi serta alam sekitar
PEMBAHAGIAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Sebagai profesional
(pekerja)
mengamalkan enam sifat amanah kepada prefesion iaitu jujur, berterus terang, cekap, tekun, teliti, setia dan menyimpan rahsia
suasana kekeluargaan, kasih sayang, muafakat dan kebajikan dalam organisasi
prinsip menjaga tanggungjawab kepada pelanggan atau pemegang taruh
pekerja atau profesional memiliki tanggungjawab sosial kepada masyarakat umum dipanggil pihak ketiga
tanggungjawab sosial yang paling utama ialah memberikan perkhidmatan yang sama kepada semua tanpa mengira agama, warna kulit, jantina, fahaman politik dan status sosio-ekonomi
Dalam organisasi atau korporat
(Perniagaan dan ekonomi)
tanggungjawab sosial korporat (CSR) bermaksud komitmen syarikat dan organisasi korporat terhadap keperluan sosial (hak masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para pekerja, hak-hak pengguna dan sebagainya)
kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang mebantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi
Sebagai rakyat
(ahli masyarakat)
tanggungjawab terhadap diri sendiri
menjadi agen moral - memastikan setiap tindakan yang dilakukan adalah mengikut etika yang baik tanpa perlu pengawasan oleh agensi penguatkuasaan luaran dan ancaman
sebagai khalifah - bertanggungjawab dan amanah
Ke atas alam sekitar
pelanggaran ke atas hukum-hukum ekosistem semulajadi mengganggu keseimbangan ekosistem keseluruhannya yang mengakibatkan kemerosotan kesihatan masyarakat atau penduduk.
isu pencemaran masih sukar diatasi kerana kegagalan pelbagai pihak sama ada pengguna, penjaga dan masyarakat awam menghayati tanggungjawab sosial dalam menjaga atau memelihara alam sekitar.