Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkembangan Kognitif (Teori Piaget) - Coggle Diagram
Perkembangan Kognitif (Teori Piaget)
Peringkat
Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Sensori Motor (Lahir - 2 tahun)
Bergantung pada penggunaan deria dan kemahiran motor yang ada (melihat, mendengar, menyentuh & merasa).
Tertarik dengan objek yang berwarna-warni atau mengeluarkan bunyi dan cuba mencapainya.
Mempelajari sesuatu melalui tindakan ulangan.
Tidak mempunyai pengekalan objek pada peringkat awal.
Boleh memikirkan sesuatu dan merancang tindak balasnya dengan memikirkan tentang objek dan dikaitkan dengan peristiwa / pengalaman.
Praoperasi (2 - 7 tahun)
Prakonsep / Pemikiran bukan benar – penggunaan simbol-simbol (fungsi semiotik).
Mempunyai keupayaan membuat perwakilan mental terhadap benda-benda yang tidak kelihatan di depan mata.
Kesediaan untuk berbahasa.
Bahasa & konsep berkembang dengan kadar yang menakjubkan.
Penaakulan primitif – menganggap dirinya mengetahui jawapan kepada semua perkara.
Sikap ingin tahu, suka bercakap dan bertanya.
Jawapan yang sesuai dan peluang bertanya adalah penting untuk menambahkan himpunan pengetahuan dan mengaitkan perkara-perkara di antara satu sama lain.
Intuitif – Kanak-kanak kelihatan seolah-olah amat yakin dengan perkara yang mereka tahu, padahal mereka kurang sedar tentang penggunaan pemikiran rasional.
Mencapai kemuncak daya imaginasi kerana kurang faham dunia realiti.
Animisme – percaya bahawa objek-objek juga bernyawa serta mempunyai perasaan dan pemikiran. - contoh: Apabila hujan turun, kanak-kanak mengatakan matahari sangat sedih lalu menyembunyikan diri dan menangis.
Egosentrisme – menggunakan persepsi sendiri sahaja semasa memproses maklumat. - contoh: Kanak-kanak tidak memahami hala tangan kanan guru yang berhadapan kelas tidak sama dengan hala tangan dirinya.
Operasi Konkrit
Kanak-kanak dapat mempertimbangkan beberapa ciri objek secara serentak bukan lagi berfokus kepada satu ciri sahaja.
Penaakulan logik menggantikan pemikiran intuitif.
Menguasai operasi mengklasifikasi, seriasi & kebalikan (reversibility) tetapi terikat kepada pengalaman deria dan motor konkrit sahaja.
Mengalami kekeliruan atas persembahan yang abstrak.
Penguasaan konsep kekekalan.
Operasi Formal (11 - 15 tahun)
Keupayaan berfikir tentang realiti yang konkrit dan kemungkinan yang
abstrak.
Penaakulan secara
deduktif & induktif.
Pendekatan penyelesaian masalah menjadi lebih terancang dan sistematik dengan kombinasi pengetahuan, pengalaman & kemahiran.
Pemikiran metakognitif
– menganalisis pemikiran sendiri, membuat penilaian dan mencari ketidakseragaman dalam prinsip-prinsip tertentu.
Boleh membuat
analogi dan metafora
.
Sering memikirkan tentang masa depan dan cuba menentukan sesuatu yang terbaik.
Egosentrisme dewasa
– Perasaan tentang sesuatu idea amat kuat sehingga membawa kepada kekeliruan – tidak dapat membezakan antara pemikiran sendiri dengan pemikiran orang lain.- Contoh: Remaja mengetahui bahawa budaya negatif membawa musibah tetapi ia menimpa orang lain. Namun, mereka percaya ia tidak akan berlaku pada diri mereka.
Implikasi untuk Guru
Peringkat sensorimotor
menyediakan aktiviti main dan kemahiran peniruan yang bersesuaian digalakkan.
Peringkat Praoperasi
Memberi peluang untuk menerokai alam fizikal melalui aktiviti main dan penyelesaian masalah.
Arahan yang diberi haruslah mudah & singkat.
Perbanyakkan hands-on yang melibatkan kepelbagaian bahan dan penggunaan pelbagai deria (multi-sensori).
Menggalakkan aktiviti minds-on yang melibatkan banding-beza dan susunan mengikut urutan.
Memberi bantuan dan penjelasan oleh sebab ciri egosentrisme yang ada pada kanak-kanak.
Peringkat Operasi Konkrit
Menyediakan bahan-bahan menguji idea – berfikiran logik.
Menyediakan peluang untuk membuat penerokaan dan penemuan konsep / prinsip yang dipelajari – tanya soalan.
Merancang aktiviti yang melibatkan kekekalan, kebalikan atau susunan songsang.
Merancang aktiviti-aktiviti prososial: aktiviti berpasukan, bekerjasama, bertolak-ansur, tolong-menolong.
Peringkat Operasi Formal
Mengadakan perbincangan – mengetahui pemikiran murid.
Memberi peluang untuk menerokai kepelbagaian kemungkinan – menyelesaikan masalah.
Menggalakkan pemikiran konvergen, divergen, reflektif & metakognitif.
Menerangkan konsep dengan jelas, sabar & dengan fikiran yang terbuka.
Jangan mencemuh & mengetepikan sahaja pendapat / kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
Proses Kognitif
Skema
Struktur asas mewakili pengetahuan mental seseorang.
Skema dibina semasa kanak-kanak cuba mencapai kefahaman tentang sesuatu dan bertindak kepada pengalaman fizikal di persekitarannya.
Bayi yang baru lahir mempunyai skema yang terhad atau umum.- Contoh: menghisap, meraba, memegang.
Kanak-kanak membesar dan membina skema perlakuan. - Contoh: menyentuh, mencengkam, membaling.
Semakin kanak-kanak membesar, skema baru akan terbentuk dan skema sedia ada akan diubahsuai dan bertambah luas.
Perkembangan skema kognitif disebabkan oleh hasil interaksi seseorang individu dengan persekitaran fizikal dan sosialnya.
Skema kognitif membantu kita menggunakan perwakilan simbol secara mental dan mengamalkan cara-cara berfikir.
Skema berubah dan berkembang melalui 2 proses: oragnisasi & adaptasi.
Ekuilibrasi
Kesimbangan antara asimilasi dan akomodasi.
Menerangkan cara-cara pemikiran kanak-kanak beralih dari satu peringkat ke peringkat yang berikutnya.
Peralihan hanya berlaku jika kanak-kanak mengalami konflik kognitif atau ketidakseimbangan (disequilibrium) semasa cuba memahami apa-apa yang sedang dipelajari.
Apabila konflik kognitif ini dapat diselesaikan, maka ekuilibrasi dicapai dan pemikiran berada dalam keadaan seimbang.
Asimilasi
Individu mengintegrasikan maklumat atau pengalaman baru ke dalam skema sedia ada.
Berlaku sepanjang masa.
Contoh: Kanak-kanak belajar tentang konsep “kereta” melalui pengalaman dan pemerhatian ciri-ciri kereta yang dipandu oleh ayahnya. Dia juga dapat mengenal pasti kereta pelbagai jenama dan berlainan warna yang berada di jalan raya sebagai “kereta”.
Akomodasi
Mengubahsuai skema sedia ada untuk menerima maklumat baru atau membentuk skema baru untuk menerima maklumat yang baru.
Contoh: Jika konsep “kereta” tadi hanya merujuk kepada kereta saloon, maka akomodasi perlu dibuat untuk mengubahsuai skema yang sedia ada untuk menerima ciri-ciri SUV atau MPV sebagai kereta. Skema baru telah terbentuk melalui akomodasi ini apabila ciri-ciri lori, bas dan treler bukannya “kereta”.