Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak dan Hubung kait dengan Teori…
Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak dan Hubung kait dengan Teori-teori Perkembangan
Perkembangan Fizikal
Pralahir / Prenatal
Fasa Pembenihan (2 minggu pertama selepas persenyawaan)
Embrio: Organisma yang terbentuk pada dinding rahim.
Plasenta: Organ berbentuk cakera yang bertindak sebagai penapis antara darah ibu dengan darah anak.
Air ketuban (Amniotic Sac): Cecair yang melidungi bayi daripada sebarang kejutan dan kawalan suhu.
Tali pusat (Umbilical Cord): Saluran pengambilan makanan dan oksigen serta pengkumuhan karbon dioksida dan bahan kumuh bagi embrio.
Muka, mata, telinga, anggota badan dan tulang terbentuk.
Organ dan sistem dalaman berkembang tetapi belum berfungsi.
Peringkat kritikal bagi perkembangan otak.
Embrio sangat mudah terdedah kepada kesan-kesan bahan kimia, dadah atau penyakit yang dialami oleh ibu melalui tali pusat.
Kematangan embrio bergantung kepada khasiat daripada ibu.
Fasa Embrio (minggu ke-3 hingga ke-8)
Fasa Janin (minggu ke-9 hingga kelahiran)
Janin / Fetus: Bayi yang belum dilahirkan.
Peringkat yang mengambil masa terpanjang.
Organ dan sistem badan terus berkembang dan berfungsi.
Pergerakan janin dan denyutan jantung boleh didengar melalui stetoskop.
5 deria mula berfungsi dan bertindak balas kepada rangsangan, menghisap dan menendang.
Berat badan dan panjang bayi akan bertambah.
Bayi
Bayi (lahir hingga 2 tahun)
Pertumbuhan dan perkembangan yang pesat.
Tulang sangat lembut.
Berat badan bayi akan berkembang pesat untuk tempoh setahun usianya.
Bayi akan mengalami ketinggian sebanyak 10 hingga 12 inci.
Saiz kepala bayi akan berkurangan dari nisbah 1/3 daripada saiz badan kepada 1/4 pada umur 2 tahun.
Berupaya mengawal pergerakan otot.
Pada akhir umur 2 tahun, kanak-kanak tersebut boleh berlari dan melompat.
Kanak-kanak
Awal Kanak-kanak (2 hingga 6 tahun)
Perkembangan fizikal berlaku secara beransur-ansur.
Perkembangan kemahiran psikomotor, koordinasi mata dan tangan serta pergerakan lokomotor dan non-lokomotor berlaku melalui bermain.
Perkembangan otot kasar – aktiviti motor kasar – berjalan, berlari.
Motor kasar bertumbuh sepenuhnya manakala motor halus masih bertumbuh.
Perkembangan otot halus – aktiviti motor halus – pergerakan yang memerlukan kepersisan & kecekapan – membutang baju dan menarik zip kot.
Selepas umur 6 hingga 7 tahun, kanak-kanak memperoleh beberapa kemahiran asas baru dan kualiti serta kekompleksan pergerakan meningkat.
Saiz badan perempuan lebih kecil daripada lelaki.
Perempuan mempunyai lebih tisu kegemukan manakala lelaki mempunyai lebih tisu otot.
Pada umur 6 tahun, gigi kekal mula bertumbuh.
Pertengahan Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun)
Perkembangan fizikal berlaku dengan lambat tetapi konsisten.
Ketinggian meningkat 5 – 8 cm setiap tahun. Purata ketinggian ialah 60 cm.
Purata berat badan ialah 25 kg. Berat badan bertambah akibat saiz rangka tulang, otot dan tulang bertambah.
Peningkatan kekuatan otot membolehkan kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran motor kasar seperti bermain bola sepak.
Perkembangan motor halus, koordinasi mata dan anggota badan membolehkan kanak-kanak menulis dan melukis dengan lebih kemas.
Gigi susu diganti dengan gigi kekal.
Awal Remaja
Awal Remaja (12 hingga 15 tahun)
Akil baligh merupakan masa perkembangan fizikal yang paling pesat. Ia melambangkan berakhirnya zaman kanak-kanak dan bermulanya kematangan seks.
Pada zaman kanak-kanak, lelaki dan perempuan menghasilkan hormon androgen dan estrogen masing-masing pada amaun yang sama.
Pada permulaan akil baligh, rangsangan hormon akan berubah di seluruh badan termasuk kelenjar pituitari dalam adrenal, endokrin dan kelenjar seks.
Masa akil baligh ditentukan oleh gabungan faktor genetik, persekitaran dan kesihatan.
Bagi perkembangan akil baligh yang sempurna antara lelaki dan perempuan, pembiakan seks akan bersedia dari segi struktur dan hormon.
Kadar kematangan seks dalam kalangan remaja adalah berbeza.
Permulaan akil baligh bagi kedua-dua jantina berada dalam lingkungan 6 – 7 tahun.
Lazimnya, perempuan mula akil baligh lebih awal berbanding dengan lelaki (11 – 12 tahun). Peningkatan estrogen merangsangkan permulaan akil baligh perempuan.
Kebanyakan perempuan datang haid sekitar umur 12 atau 13 tahun. Pada masa ini, perempuan boleh mengandung.
Mereka akan bertambah tinggi, pinggan menjadi ramping, pembesaran buah dada dan sebagainya.
Peningkatan paras testosteron merangsangkan permulaan akil baligh dalam kalangan lelaki sekitar 12 hingga 14 tahun.
Lelaki akan menjadi lebih tinggi, berat dan kuat, suara semakin garau, bermisai, janggut, bulu kaki dan sebagainya.
Pada masa ini, lelaki boleh menghamilkan perempuan yang telah mengalami kematangan seks.
Isu Utama dalam Perkembangan Fizikal
Awal Kanak-kanak
Kemahiran otot kasar dan halus
Pertengahan Kanak-kanak
Pertumbuhan fizikal
Remaja
Akil baligh
Implikasi terhadap Pengajaran & Pembelajaran
Strategi PdP yang bersesuaian: aktiviti, bahan bantu mengajar, pembentukan kemahiran & nilai.
Kesedaran: kebersihan, kesihatan, keselamatan, pemakanan.
Mengawal emosi dan menjaga maruah dan perasaan.
Membina keyakinan, kekuatan dan kebolehan.