Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
2.3 Pembangunan Pangkalan Data dan Hubungan - Coggle Diagram
2.3 Pembangunan Pangkalan Data dan Hubungan
Pengenalan
Pangkalan data dibangunkan dengan menggunakan perisian sistem pengurusan pangkalan data atau database management system (DBMS).
(DBMS) merupakan pakej perisian dengan atur cara komputer bagi tujuan membangunkan, menggunakan dan menyelenggarakan pangkalan data.
Contoh:
Microsoft Access
Microsoft SQL
MySQL
Oracle SQL
Aktiviti dalam pembangunan pangkalan data dan hubungan :
Membina pangkalan data
Membina jadual (Table)
Mengisi jadual
Mewujudkan hubungan (relationship)
Membina dan mengisi borang
Menyunting rekod
Membina carian (Query)
Membina laporan (Report)
Membina jadual
Cipta jadual baharu
Buka “Design View”
Set jenis data
Set kunci primer
Menambah jadual-jadual lain
Membina hubungan antara jadual-jadual
Penciptaan borang
Cara mencipta borang
Dalam tetingkap “All Tables” di sebelah kiri, pilih jadual Pinjaman
Klik tab “Create” dan ikon “Form”
Borang Pinjaman dihasilkan daripada atribut-atribut dalam jadual Pinjaman.
Di bawah tab “Format”, ubah fon, saiz teks, susunan teks, warna latar dan logo supaya kelihatan lebih menarik.
“Save” borang yang telah diubahsuaikan dan berikan nama yang sesuai.
Pada tab BorangPinjaman, klik kanan dan pilih “Close” untuk menutup borang.
Cara-cara membuka kembali borang
Kembali ke panel “All Tables”
Pilih BorangPinjaman dan klik kanan ikon borang Pinjaman.
Di menu “drop-down”, pilih “Open”.
Pemasukan data dalam jadual melalui borang
Pergi ke hujung rekod dalam jadual dengan menekan butang “Last record” pada bahagian baris bawah borang
Tekan butang “New (blank) record”
Selepas itu, tambah data untuk rekod baharu tersebut.
Simpan data dengan klik kanan tab BorangPinjaman dan pilih “Save”
Ulangi klik kanan dan pilih “Close” untuk menutup borang tersebut
Borang Pinjaman yang dibuka untuk melihat data tidak dapat digubal. Sekiranya masih ingin menggubal borang Pinjaman, klik kanan ikon borang Pinjaman dan pilih “Layout View”.
Membina carian (Query)
Penghasilan query menggunakan Query Wizard
Daripada tab “Create”, klik ikon “Query Wizard” untuk memulakan proses bagi menghasilkan query
Pilih jadual yang terlibat
Pilih atribut-atribut dalam jadual terlibat
Ulangi langkah-langkah 1 hingga 3 untuk jadual-jadual
Simpan kombinasi atribut-atribut sebagai query
Penghasilan query menggunakan Query Design
Daripada tab “Create”, klik ikon “Query Design” untuk memulakan proses menghasilkan query
Pilih jadual yang terlibat
Pilih atribut-atribut dalam jadual terlibat
Simpan kombinasi atribut-atribut sebagai query
Penjanaan laporan berdasarkan hasil query
Klik query yang ingin digunakan pada panel “All Tables”
Daripada bar menu, pilih tab “Create”, klik ikon “Report”
Laporan akan dijana secara automatik
Jika perlu, persembahan laporan ini boleh diubah secara manual dalam Design View
Sistem Maklumat Melalui Makro dan Switchboard
Mencipta dan menggunakan macro
Di bawah menu bar, klik tab "Create" dan ikon “Macro”
Ini akan melancarkan Macro Builder. Macro Builder mengandungi jadual kosong untuk menempatkan makro-makro yang bakal digunakan oleh aplikasi
Dalam pembina makro, klik sel kosong yang pertama dalam lajur tindakan. Klik anak panah untuk memaparkan senarai tindakan yang tersedia, kemudian pilih tindakan yang anda ingin gunakan
Dalam tetingkap pembina makro, terdapat pelbagai tindakan makro Action yang boleh digunakan
Di bawah lajur Arguments, pengguna boleh memasukkan argumen untuk setiap tindakan makro Action yang terpilih. Tidak semua Action memerlukan argumen. Lajur Comment membolehkan nota berkenaan Action dicoretkan untuk rujukan pembangun pangkalan data
Makro boleh diuji menggunakan perintah Run pada tab Design
Mencipta dan Menggunakan Switchboard
Kenal pasti borang-borang dan laporan-laporan yang diperlukan. Jika perlu, lakarkan di atas sekeping kertas. Pastikan susunan borang dan laporan adalah logikal dan memudahkan pengguna
Dari tab Database Tools, klik Switchboard Manager. Tetingkap Switchboard Manager akan muncul
Tekan butang Edit
Berikan nama yang bersesuaian dengan Switchboard
Untuk menambahkan item menu atas Switchboard, tekan butang
New. Tekan New, masukkan nama item, kemudian pilih arahan yang sesuai daripada senarai Command. Klik OK. Perhatikan bahawa item baharu itu ditambah dalam senarai Items on this Switchboard.
Untuk menambahkan item-item yang lain, klik Add sekali lagi. Sebagai contoh, untuk melihat borang pinjaman
Klik OK dan ulangi langkah-langkah yang sama untuk menambahkan arahan-arahan yang lain
Selain daripada melancarkan komponen-komponen Access, item Switchboard juga digunakan untuk keluar daripada aplikasi
Hasilnya, Switchboard dengan item-item yang telah ditambah
Uji item-item Switchboard dengan menekan setiap satu. Sekiranya tiada ralat, borang, laporan ataupun respon yang dipilih melalui Switchboard Manager akan dilaksanakan
Untuk menjadikan Switchboard terbuka secara automatik setiap kali pangkalan data dibuka, tukar Access setting
Gunakann Switchboard Manager untuk menambahkan atau membuang item
Mendokumentasikan Hasil Kerja
Nama pangkalan data
Objektif pangkalan data
Rajah alir data (Data flow diagram)
Kamus data (data dictionary)
Spesifikasi entiti dan atribut
Model konsep
Reka bentuk logikal (struktur jadual)
Jadual hubungan ternormal dan sampel data