Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Statistik (Jenis-jenis skala pengukuran (Skala Nominal (Tidak boleh…
Statistik
-
Data
Kualitatif
- Berbentuk ayat atau perkataan
- Diambil melalui temu bual, rekod video atau gambar.
- Penyelidik perlu berada dalam situasi untuk mendengar, menulis atau memerhati sendiri fenomena atau temu bual yang ingin diperoleh.
- Fleksibel, data kualitatif boleh diubah suai mengikut keadaan.
- Penyelidik merupakan sebahagian peserta kajian kerana perlu ada semasa data dikumpul
- Saiz sampel lebih kecil kerana sukar untuk mendapatkan data dalam sampel yang ramai.
Kuantitatif
- Dapat diukur (measurable)
- Data dikumpul menggunakan instrumen seperti soal selidik atau ujian
- Instrumen merupakan perantara antara penyelidik dan peserta
- Reka bentuk ditetapkan sebelum diuji. Tidak dapat diubah suai.
- Penyelidik bukan peserta kajian.
- Boleh menggunakan sampel yang besar kerana data dapat diambil dengan mudah menggunakan instrumen kajian.
Statistik
Deskriptif
Digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pemboleh ubah seperti demografi responden,
Digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerical.
sampel kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi.
Contoh ujian statistik deskriptif ialah frekuensi, min, median dan peratus.
Inferensi
Digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara variabel.
Digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi.
Daripada dapatan dapat dijadikan sebagai generalisasi sampel mengenai populasinya.
Contoh ujian staistik yang digunakan ialah ujian-t untuk melihat perbezaan diantara 2 variabel dan ujian korelasi untuk melihat perhubungan.
Populasi & Sampel
Populasi
Populasi ialah kumpulan sasaran pengkaji yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang dikehendaki oleh pengkaji.
Sampel
Sampel kajian pula ialah sebahagian populasi kajian yang dipilih untuk pengkaji menjalankan kajian. Jumlah sampel adalah kurang dari jumlah populasi.