Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Domain Perkembangan Kanak-kanak (Cadangan aktiviti memperkembangkan semua…
Domain Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kognitif
Definisi:
Domain yang melibatkan kegiatan mental (otak).
6 Aspek/ Tunjang
Pengetahuan
Pemahaman
Penerapan
Analisis
Sintesis
Penilaian
Perkembangan Afektif
Definisi:
Domain yang berkaitan dengan perasaan, minat, sikap, emosi, dan nilai yang berbeza-beza.
5 Aspek/ Tunjang
Menerima atau memperhatikan
Memberi respon
Menilai
Mengorganisasi
Membentuk konsep kendiri
Perkembangan Psikomotor
Definisi:
Domain yang berkaitan dengan keterampilan atau kemampuan bertindak dan merupakan lanjutan hasil kognitif dan afektif.
Melibatkan aktiviti fizikal
Berlari
Melompat
Melukis
Menari
Memukul
Konsep 3E:
Explore
Experiment
Experience
Cadangan aktiviti memperkembangkan semua aspek domain perkembangan.
Permainan menyusun puzzle
Melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on untuk ketiga-tiga domain perkembangan.
Perkembangan kognitif: Kanak-kanak berusaha untuk mengetahui gambar yang mereka cuba selesaikan dan menguji ketepatan mereka dalam menyusun gambar dengan sempurna.
Perkembangan afektif: mereka saling bantu-membantu dan berinteraksi antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan.
Perkembangan psikomotor: Diperkembangkan semasa mereka bergerak mengambil cebisan puzzle (motor kasar) dan semasa mereka ingin memadankan cebisan dengan bentuk puzzle (motor halus).
Melukis
Membantu meningkatkan kreativiti dan imaginasi.
Perkembangan kognitif: otak kanak-kanak akan berfungsi dengan lebih baik kerana mereka banyak menggunakan imaginasi semasa melukis.
Perkembangan afektif: kanak-kanak akan melukis berdasarkan emosi pada masa tersebut. Jadi, mudah untuk guru mengenal pasti bahawa mereka dalam keadaan baik atau tidak dan dapat membantu jika perlu.
Perkembangan psikomotor: aktiviti melukis melibatkan otot-otot jari kanak-kanak (motor halus) semasa memegang pensil untuk melukis.
Melawat Zoo Negara (penerokaan dan penemuan)
Konsep belajar sambal bermain perlu ditekankan bersesuaian dengan teori Piaget yang mementingkan pembelajaran melalui persekitaran.
Perkembangan kognitif: berkembang melalui penglihatan dan pengamatan mereka terhadap persekitaran yang baru dan akan menimbulkan banyak persoalan. Jadi, mereka akan cuba untuk mencari jawapan melalui persekitaran seperti membaca papan maklumat atau melalui guru.
Perkembangan afektif: kemahiran sosial kanak-kanak juga akan berkembang melalui aktiviti sebegini kerana memerlukan mereka untuk berinteraksi dengan orang sekeliling dalam memperolehi ilmu baru.
Perkembangan psikomotor: kedua-dua kemahiran motor kasar dan halus dapat diperkembangkan kerana mereka akan banyak bergerak untuk melihat haiwan dan menggunakan deria sentuhan pada jari untuk menyentuh haiwan-haiwan tersebut.