Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMIKIRAN MAZHAB DALAM ISLAM (KEPENTINGAN KEPELBAGAIAN MAZHAB (beramal…
PEMIKIRAN MAZHAB DALAM ISLAM
DEFINISI MAZHAB
Mazhab dari segi bahasa bermakna jalan atau cara berfikir. Dari segi istilah pengajian Islam, ia merujuk kepada jalan atau cara berfikir yang telah diterima sebagai satu kaedah dalam menilai pelbagai perkara terutamanya yang berkaitan dengan bidang ilmu fiqh dan ilmu kalam.
Mazhab adalah kitab kitab yang memuat berbagai metod pengambilan hukum islam terhadap kes-kes yang bersifat amalia (praktis) , baik yang sudah jelas hukumnya dalam Al-Quran dan Hadits, mahupun tidak . Dengan tujuan ialah memudahkan umat islam mencapai ketaatan kepada Allah swt . Setiap ajaran madzhab adalah berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah . Oleh kerana itu, mengikuti madzhab bererti mengikuti Al-Quran dan As Sunnah
Mazhab adalah pergolongan suatu hukum atau aturan setingkat di bawah satu fiqh.
FAKTOR LAHIR MAZHAB
Perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman dalam kalangan mereka
Pengaruh Politik
Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing
Semangat Assabiyah Yang Masih Wujud
KEPENTINGAN KEPELBAGAIAN MAZHAB
beramal dengan hukum dan tidak memilih pendapat yang paling senang mengikut hawa nafsu.
sesetengah perkara yang tidak dapat diselesaikan menggunakan mazhab syafi’ , maka memerlukan bantuan atau rujukan mazhab lain.
kepentingan kepelbagaian mazhab dalam hal fekah perlu dipelihara kerana jika tidak, dibimbangi ia membuka pintu perbalahan selain perbincangan yang bersifat ancaman kepada ajaran Islam dan kesatuan ummah.
Kepelbagaian mazhab membolehkan syariat islam dilaksanakan oleh manusia pada tempat dan waktu yang berbeza mengikut kesesuaian
pelbagai mazhab merupakan natijah daripada kepelbagaian cara berfikir dalam menentukan hukum dan kedudukan sesuatu perkara menurut perspektif syarak
SENARAI MAZHAB YANG MUKTABAR :
MALIKI
Pengasas : imam malik bin anas bin abu amir al-asbahi
Kecendurungan: seorang imam fiqah dan hadis darul hijrah (madinah). Banyak menuntut ilmu dari ulama-ulama madinah. Antaranya abdul rahman bin hurmuz. Imam malik juga merupakan tokoh dalam bidang hadis dan fiqah
HANAFI
Pengasas : Abu Hanifah An Nukman b. Tsabit b. Zufi/Zautha bin Maha adalah pengasas Mazhab Hanafi.
Kecenderungan : Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah (699 Masihi) di sebuah perkampungan bernama Anbar di sekitar
bandar Kufah, Iraq. Beliau hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan, Khalifah Bani Umaiyah yang kelima. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan kecerdasan akal fikiran yang sungguh mengkagumkan.
HAMBALI
Pengasas : Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu Abdullah al-Shaibani
Kecenderungan :Beliau terkenal dengan nama datuknya Ibnu Hanbal. Beliau dilahirkan pada 164 Hijrah bersamaan 780 Masihi di Baghdad. Beliau satu keturunan dengan Nabi Muhammad SAW pada sebelah neneknya. Beliau dilahirkan dalam keadaan yatim serta miskin. Beliau hanya mewarisi sebuah rumah dan sebelah baju daripada bapanya. Beliau bekerja sendiri dengan mengambil upah menjual kain untuk mencari rezeki yang halal.Ketika Imam Ahmad berusia 15 tahun beliau mula menuntut ilmu hadith di Baghdad, Kufah, Mekah dan Madinah. Tiba di madinah beliau tidak sempat bertemu dengan Imam Malik yang meninggal pada tahun 179 Hijrah.
SYAFII'
Pengasas : Muhammad Bin Idris Al Syafii
Dikenali sebagai Imam Syafiie.
Kecenderungan : Asas asas mazhab adalah berpegang pada Al Quran, Sunnah Rasulullah Saw, Ijmak para sahabat(kesepakatan para ulama' atau sahabat) & Kias (perbandingan suatu hukum tentang perkara yang telah berlaku & belum berlaku) Imam Syafii terkenal sebagai perumus pertama metodologi hukum Islam. Usul al-Fiqh (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat, melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah. Mazhab Syafii umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab fiqah Sunni lainnya, dimana berbagai ilmu keislaman telah berkembang berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para pendukung mazhab ini.