SUMBANG MAHRAM

Definisi:


Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam.

click to edit

Apakah yang boleh saya lakukan jika saya menjadi mangsa sumbang mahram?

Ini bukan salah anda.

Sumbang mahram satu jenayah yang boleh dihukum.

Anda perlu memaklumkan kepada seorang dewasa yang anda boleh percayai seperti guru, kakak, ibu.

Perkara ini perlu didedahkan. Ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan. Walaupun ia adalah perkara yang telah lama berlaku, anda masih boleh mendapatkan pertolongan.

Diri anda adalah tanggungjawab anda.

Dirogol sepupu sejak usia 4 tahun (Berita Harian _ Khamis 08_03_18 _ ms15)

click to edit

Apakah kesan sumbang mahram terhadap mangsa?

Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan-kesan negatif ini adalah :

Hilang kepercayaan pada orang lain

Takutkan hubungan intim

Murung

Rasa ingin bunuh diri

Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri

Keyakinan diri yang rendah

Rasa bersalah dan marah

Rasa terasing dari masyarakat/keluarga

Penyalahgunaan dadah

Masalah pemakanan

Masalah personaliti