Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sosiologi dan Pembelajaran (Pengasas teori pendidikan (Max Weber (1864 -…
Sosiologi dan Pembelajaran
Teori dalam sosiologi pendidikan
Teori konflik
menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan masing-masing
Karl Marx
terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam
masyarakat yang sering bertelagah
golongan atasan akan menguasai kuasa, kekayaan, kebendaan, kehormatan dan berpengaruh
pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk mendapatkan bahagian mereka
Teori interaksi simbolik
bersifat mikro
mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawaa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial
manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti
Teori fungsionalisme
memberi penjelasan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan
struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat
pengkaji merumuskan tiga andaian
stabiliti
menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan
harmoni
menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya
evolusi
menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan
Pengasas teori pendidikan
Karl Max (1818 - 1883)
merupakan ahli falsafah, ekonomi dan revolusi
perubahan sosial dipengaruhi ekonomi
mengkritik sistem kapitalisme
pihak berkemampuan (borjuis) mendominasi ekonomi
pekerja (proletariat) bekerja dengan borjuis
Emile Durkheim (1858 - 1917)
dalam masyarakat moden, pembahagian tugas akan mengambil alih tugas agama sebagai asas ikatan sosial
anomie (perasaan hilang arah disebabkan keadaan sosial tertentu) menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral
sosiologi dianggap sebagai sains sekiranya pengkaji memfokuskan kajian kepada fakta sosial yang perlu dikaji
Auguste Comte (1798 - 1857)
sosiologi ialah ilmu sains paling signifikan dan kompleks berbanding dengan sains lain
memperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi berada pada kedudukan teratas
penyelidikan masyarakat dilakukan secara saintifik dan sistematik
mengasaskan ilmu sosiologi Barat
Max Weber (1864 - 1920)
konsep ideal type - konsep yang menggambarkan ciri utama sesuatu fenomena
idea dan nilai (selain ekonomi) memberi kesan kepada perubahan sosial
agama penting sebagai agen perubahan
manusia perlu mengambil kira tentang perilaku
strafikasi adalah multidimensi (ekonomi, status, kuasa)
Ibnu Khaldun (1332 - 1406)
meneliti hubungan antara institusi sosial berkenaan
mengkaji perkaitan antara institusi sosial seperti sosial dan ekonomi
penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal dalam mencari punca fenomena sosial
sosiologi merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan peradaban manusia
George Herbert Mead (1863 - 1931)
manusia berinteraksi anatara satu sama lain secara lansung melalui simbol
interaksi antara individu sangat penting
Asas sosiologi pendidikan dalam pengurusan dan pembelajaran bilik darjah.
antropologi
pendidikan sebagai proses pembudayaan di mana ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu
seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang menghayati dan mengamalkan nilai dan tingkah laku yang ‘baik’ dalam masyarakat itu
proses dan hasil pendidikan oleh sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dan tatasusila
ekonomi
pendidikan sebagai ‘consumption’ ialah proses dan hasil mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu
pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan
pendidikan sebagai ‘pelaburan’ atau sebagai satu ‘consumption’
sosiologi
pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ yang menentukan kedudukan seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu
pendidikan dilihat sebagai proses sosialisasi iaitu bagaimana ahli masyarakat (golongan muda) diajar dan diasuh secara formal atau tidak untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing–masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu
sains politik
pendidikan sebagai proses bagaimana sesebuah negara itu mendidik dan membina warga negaranya supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara