Bab 4 Kepimpinan dan Organisasi

Gaya Kepimpinan

Kepimpinan autokratik - seorang pemimpian yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas

Kepimpinan Humanis - kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap pelajarnya

Demokrasi- pemimpin yang menggalakkan semua pelajar melibatkan diri dalam organisasinya

Kepimpinan Laissez-Faire - memberikan peluang kepada pelajar untuk tidak terikat sangat dengan syarat-syarat tertentu.

Pengurusan Top Down

Picture1

Carta Organisasi Sekolah

Pengetua

Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran.

Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.

Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar

GPK PENTADBIRAN (GPK 1)

Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.

Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.

Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.

Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

Guru Kanan Mata pelajaran

Ketua bidang mata pelajaran

Lantikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri

Melibatkan elaun khas guru kanan

Berperanan untuk:

Penyelaras aktiviti P&P yang berkesan.

Penyelaras panitia bidang mata pelajarannya

Mentadbir & mengurus kurikulum bidang mata pelajarannya

Pengurus stor & inventori bidang mata pelajarannya

Kemajuan staf akademik & bukan akademik dalam bidang mata pelajarannya

Guru Kaunselor

Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat pelajar berada.

-memahami sikap

-minat, bakat, kebolehan

-peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri