Perpustakaan akademik yang dipilih terdiri daripada perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologj Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Pemilihan perpustakaan akademik bertaraf universiti dibuat kerana perpustakaan akademik dilihat sebagai salah satu organisasi yang mendapat kesan terus akibat kedatangan maklumat digital.
Temubual bersemuka.
Temubual bersemuka dilakukan di kawasan Lembah Klang. Penulis sendiri menemui responden. Responden yang terlibat ialah ketua pustakawan UKM, UM, UPM, UiTMdan UIA.
-
Temubual melalui
telefon
Temubual melalui telefon dilakukan di luar kawasan Lembah Klang. Ini disebabkan penulis menghadapai masalah dari segi pengangkutan dan juga kewangan untuk menemui terus responden. Temubual melalui telefon melibatkan ketua pustakawan UTM, USM, UUM, UPSI,UMSdanUNIMAS.
-