Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
zaman rasulullah: metodologi perundangan (permulaan (peringkat pertama…
zaman rasulullah: metodologi perundangan
permulaan
peringkat pertama perkembangan fiqh adalah ketika pembentukan perundangan di Mekah dan Madinah
penjelasan fiqh dan perkara yang berkaitan dengan perundangan tidak menghadapi apa-apa masalah kerana semuanya dapat dijelaskan oleh Baginda
segala tindakan, amalan dan hadis Baginda menjadi penjelasan kepada segala masalah yang timbul.
zaman ini telah meninggalkan nas-nas al-Qur'an dan hadis Baginda seta sejumlah besar fatwa.
Baginda juga telah menetapkan asas-asas pembentukan hukum dalam skop yang menyeluruh
justeru, zaman ini telah meninggalkan dasar-dasar hukum yang sempurna dan lengkap.
metod-metod yang digunakan bagi merujuk kepada sumber perundangan
1) Baginda menunggu penurunan wahyu ketika Baginda berhajat untuk menetapkan hukum
tuduhan Safwan ibn Mu'attal terhadap isteri Baginda, Aisyah, berzina.
setelah beberapa lama menanti ayat qur'an, turunlah ayat yang menjelaskan yang sebenar, sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 11.
Yang menjelaskan bahawa
2) seandainya wahyu tidak diturunkan, Nabi akan bermesyuarat dengan para sahabat utama. Baginda akan bertanya pendapat mereka untuk mencari keputusan atau Allah telah mewakilkan Baginda untuk menetapkan hukum melalui ijtihad. Jika ijtihad Baginda kurang tepat, ia akan dibetulkan oleh wahyu Ilahi.
Baginda berjaya mencapai kemenangan dalam peperangan Badr dan menawan sejumlah tertentu kaum kafir Mekah, Baginda meminta pendapat para sahabat mengenai tawanan perang tersebut.
Saiyidina Abu Bakr mengemukakan cadangan supaya mengambil penebus diri daripada mereka dengan harapan mereka mendapat hidayah dan memeluk Islam.
Saiyidina Umar pula mencadangkan supaya semua tawanan tersebut dibunuh memandangkan perbuatan kejam mereka terhadap kaum muslimin serta demi melambangkan kekuatan Islam.
Baginda cenderung dengan buah fikiran Abu Bakr hakikatnya pendapat Umar lebih tepat. Perbuatan Baginda itu ditegur oleh wahyu lantaran membiarkan mereka hidup, sedangkanyang sewajarnya mereka dibunuh.
Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 67:
مَا كَانَ لِنَبِىٍّ اَنۡ يَّكُوۡنَ لَهٗۤ اَسۡرٰى حَتّٰى يُثۡخِنَ فِى الۡاَرۡضِؕ تُرِيۡدُوۡنَ عَرَضَ الدُّنۡيَا ۖ وَاللّٰهُ يُرِيۡدُ الۡاٰخِرَةَ ؕ وَاللّٰهُ عَزِيۡزٌ حَكِيۡمٌ
3) Baginda menjelaskan kepada para sahabat sesuatu hukum dengan baginda sendiri beramal atau penetapan hukum berbentuk sunnah amaliah
4) sesetengah sahabat melakukan sesuatu perbuatan dan Baginda mengikrarkan apa yang dilakukan oleh para sahabat tersebut. Kalau ia benar, Nabi akan mengakuinya ataupun menjelaskan mana yang lebih tepat kalau apa yang dilakukan oleh sahabat itu tidak betul.
rumusan
metodologi pada masa baginda ialah mengeluarkan fatwa kepada para sahabat dengan berdasarkan wahyu kadangkala dengan hadis Baginda
hukum dan perundangan pada masa itu sama ada ketetapan itu hasil ketetapan wahyu atau berdasarkan ijtihad Baginda sendiri yang kemudiannya dibetulkan oleh wahyu jika tidak tepat.