Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (Isi 3 (Berharap Pelan ini dapat…
Pelancaran Pelan Antirasuah Nasional
Pengenalan
Membina hala-tuju Negara dan sebagai pemegang amanah kepada generasi akan datang
Akan melancarkan Pelan Antirasuah Nasional untuk memperlihatkan komitmen dalam memerangi gejala rasuah
Kerajaan dipilih di atas kesedaran rakyat yang tidak boleh menerima perbuatan rasuah yang berleluasa dan merosakkan Negara
Tanggungjawab kerajaan yang baharu untuk memastikan rasuah ini dibendung dan pelaku-pelakunya dipertanggungjawabkan
Langkah-langkah susulan perlu diambil untuk memastikan rasuah yang berleluasa itu tidak akan berulang
Isi 1
Pelan ini merupakan satu pernyataan yang tegas dari Kerajaan sekarang
Bukti bahawa tindakan yang diambil bukanlah tindakan berlandaskan dendam atau benci
Tindakan yang diambil merupakan tindakan yang disebabkan oleh kerosakan yang dilakukan kepada Negara
Sesiapa yang merancang untuk melakukan rasuah tidak akan terlepas dan hukumannya adalah lebih berat dan tegas
Pelan Antirasuah Nasional sebagai peringatan dan amaran kepada semua pemimpin sekarang dan masa depan
Isi 2
Pelan Integriti Nasional (PIN) diperkenalkan pada tahun 2004 yang menfokuskan kepada pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat
Pelan tersebut tidak berupaya untuk menyekat budaya rasuah
Negara digelar sebagai sebuah kleptokrasi yang disebarkan oleh media-media luar negara apabila pemimpin lalu terbabit dalam pengubahan wang
haram, rasuah dan penipuan
Tidak boleh sekadar mengingatkan rakyat mengenai kesalahan yang telah berlaku akan tetapi perlu melihat ke hadapan dan mencari jalan supaya Kerajaan yang baharu tidak akan mengulangi perbuatan tersebut
Mengesan perbuatan dengan cepat dan mendapat hukuman yang setimpal
Memerlukan pelbagai strategi, undang-undang serta sekatan-sekatan supaya dapat membendung rasuah
Isi 3
Berharap Pelan ini dapat memerangi budaya rasuah di dalam negara
Bukan usaha yang mudah dan harus memulakan dengan meletakkan asas-asas dasar yang akan membentuk budaya dan sistem yang berteraskan governans dan integriti
Bersandarkan bukti-bukti empirikal
Semangat yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan dan laporan daripada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi
Mengambil pandangan dan maklum balas daripada semua Ketua Setiausaha kementerian, ketua jabatan dan pelbagai pihak
Penilaian dan semakan oleh kumpulan pakar daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui UNCAC
Pelan disediakan melalui satu proses yang mengambil kira aspirasi dan harapan rakyat Malaysia
Isi 4
Pelan ini telah menilai risiko rasuah di peringkat akar umbi dan memberi fokus kepada enam (6) bidang keutamaan yang cenderung kepada rasuah
Masalah rasuah dalam negara akan menjadi lebih parah jika enam (6) bidang keutamaan tidak ditangani
Terdapat 115 inisiatif yang dirancang dan berhasrat untuk menjadikan Malaysia negara bebas rasuah
Merupakan tanggungjawab semua pihak
Menekankan pelaksanaan enam strategi untuk enam bidang keutamaan
Penutup
Nilai ini akan lebih bermakna jika dapat memperlihatkan diri sebagai tauladan di dalam mencapai integriti, bebas rasuah, tidak menyalah guna kuasa dan beramanah
Mengisytihar harta sebagai langkah pertama sebelum memegang jawatan dan selepas dan jika kekayaan meningkat secara mendadak pasti akan menimbulkan persoalan
Menang pilihanraya yang lalu kerana memperjuangkan governans dan integriti yang diamanahkan kepada kerajaan Pakatan Harapan
Meletakkan kepentingan kepada pewujudan rang undang-undang berkaitan pembiayaan politik yang terdapat dalam Pelan Antirasuah Nasional
Memperkenalkan arahan Perdana Menteri dalam pengurusan had bidang kuasa bagi mengelakkan sebarang salah guna kuasa daripada berlaku
Semua pihak mempunyai saham dalam menentukan 115 inisiatif yang digariskan menjadi kenyataan dan mempunyai peranan dalam menjayakan hasrat yang terkandung dalam Pelan Antirasuah
Pihak media bertanggungjawab dalam menyampaikan mesej penting berhubung dasar negara dalam konteks antirasuah dan membantu rakyat memahami hasrat yang terkandung dalam pelan