Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Resensi Cerita Kanak-Kanak (Sinopsis Buku (Menceritakan seorang kanak…
Resensi Cerita Kanak-Kanak
Judul Buku
Kasut Bola Adam
Pengarang
Yusnita Alwia Yusof
Penerbit
Ana Muslim Sdn Bhd
Tahun Terbit
2015
Jumlah Halaman
80
Kelebihan Buku
Para pelajar dapat mengambil pengajaran.
Kita janganlah berputus asa dalam mencapai sesuatu keinginan.
Guru memainkan peranan dalam mendorong pelajar untuk terus maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.
Guru perlulah memberi peluang kepada pelajar untuk menonjol bakat mereka dalam sebarang bidang yang ada.
Pengarang menyelitkan pelbagai ilustrasi dan gambar berkaitan keindahan alam semula jadi.
Guru boleh menunjukkan gaya yang sama sepertimana yang dipaparkan dalam gambar tersebut.
Guru mampu membina nilai kesabaran dalam diri mereka untuk memberikan kefahaman kepada pelajar.
Pelajar mudah memahami jalan cerita yang ingin disampaikan.
Guru mudah menerangkan kepada pelajar mengenai jalan cerita yang terdapat dalam buku berkenaan.
Kekurangan Buku
Tahap ketebalan buku boleh mendatangkan kebosanan kepada kanak-kanak.
Mereka hanya akan meneliti gambar-gambar yang terkandung dalam buku berkenaan.
Menimbulkan perspektif dalam kalangan kanak-kanak bahawa buku ini banyak mengenakan ayat yang panjang dan berbelit-belit.
Kulit bukunya yang agak keras.
Menyukarkan para pembaca menyelak helaian seterusnya bagi meneruskan pembacaan.
Mendatangkan ketidakselesaan kepada pembaca sehingga boleh mengambil masa pembaca untuk menyelak helaian yang seterusnya.
Impaknya, buku tersebut akan mengalami kerosakan.
Sinopsis Buku
Menceritakan seorang kanak-kanak bernama Adam yang berusia 9 tahun.
Adam menyimpan minat mendalam terhadap bola sepak. Tetapi, Adam tidak yakin untuk melibatkan diri dalam pasukan bola sepak di sekolahnya.
Disebabkan banyak sokongan dari ramai pihak, Adam semakin yakin untuk berjinak-jinak dalam bidang bola sepak.
Justeru, Adam telah berjaya menempa namanya untuk menjadi salah seorang anggota pasukan bola sepak di sekolahnya.
Disebabkan Adam berjaya melibatkan diri dalam pasukan bola sepak di sekolahnya, dia telah dihadiahkan sepasang kasut bola oleh abang sepupunya, Faiz.