Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERLUASAAN KUASA DI CHINA ~Faktor-faktor Perang Candu Pertama (1839-1842)~
PERLUASAAN KUASA DI CHINA
~
Faktor-faktor Perang Candu Pertama (1839-1842)~
Konsep perdagangan yang bertentangan
Kerajaan China tidak berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan negara-negara Barat.
Negara China mampu memenuhi keperluannya dan sumber ekonomi utamanya berasaskan pertanian.
Masyarakat Barat berpegang kepada dasar perdagangan bebas.
Negara-negara mendapatkan pasaran dan bahan mentah untuk kilang-kilang yang muncul ekoran Revolusi Perindustrian.
Sekatan terhadap perdagangan asing.
Maharaja Chien Lung mengeluarkan perintah bahawa pedagang-pedagang asing hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton.(tahun1757)
Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan membawa anggota keluarga mereka ke pelabuhan Canton.
Pedagang-pedagang asing dibenarkan untuk menjalankan urusan perdagangan melalui kesatuan saudagar China (Co-hong)
Kerajaan China mengenakan cukai-cukai yang tinggi menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pedagang-pedagang asing.
Pertentangan konsep undang-undang.
Konsep undang-undang China, seseorang itu dianggap bersalah sehingga ia membuktikan bahawa ia tidak bersalah.
Konsep undang-undang Barat pula menekankan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga kesalahannya dapat dibuktikan.
Pertentangan konsep undang-undang China dan Barat menyebabkan hubungan China dan British menjadi bertambah buruk.
Tindakan Lin Tsu-hse.
Menghapuskan perdagangan candu telah menyebabkan tercetus perang antara kerajaan China dengan British.
Maharaja China telah melantik Lin Tsu-hse sebagai pesuruhjaya imperial untuk menghapuskan perdagangan candu (tahun 1839)
Lin Tsu-hse mengeluarkan titah perintah menyerahkan semua candu kepada kerajaan China dan memberi akuan untuk tidak membawa masuk candu ke China.
Kapten Charles Elliot menyerahkan 20 283 buah peti candu kepada kerajaan China untuk dimusnahkan