Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBEZAAN SISTEM BARAT DULU DAN KINI (KINI (Rekonstruktivisme (~ Membina…
PERBEZAAN SISTEM BARAT
DULU DAN KINI
DAHULU
Esensialisme
:star: Merujuk kepada dasar sesuatu pendidikan itu mengikut nilai-nilai budaya yang sedia ada sejak awal peradaban tamadun manusia.
:star: Bersifat fleksibal serta terbuka yang tidak terikat dengan doktrin tertentu.
:star: Fahaman umum idealisme dan realisme mendorong kepada tercetusnya fahaman ini.
:star: Menekankan konsep 3M (menulis, mengira dan membaca)
:star: Guru memainkan peranan dalam menyampaikan ilmu dan mengajar untuk memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa supaya mereka dapat kejayaan hidup. (Mok Soon Sang, 2004.)
:star: Mementingkan guru yang memahami nilai budaya dalam masyarakat, berdisiplin dan berdedikasi kerana sesuatu kebudayaan yang kompleks memerlukan sistem pendidikan yang baik.
:star: Terbahagi kepada mata pelajaran yang penting (matematik dan sains) dan mata pelajaran yang kurang penting (seni, muzik, pendidikan jasmani dan vokasional)
:star: Menyarankan penerapan nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cendekiawan dan penulisan terkenal. Oleh itu, semua aktiviti kokurikulum kurang diberi keutamaan.
Perenialisme
:<3: Nilai moral dan rasional manusia semakin merosot disebabkan oleh materialisme, pragmatisme dan fahaman sains.
:<3: Beranggapan bahawa manusia berbentuk universal dan tiada had masa. Juga menyatakan bahawa manusia bersifat rasional.
:<3: Juga beranggapan bahawa tujuan sejagat pendidikan adalah untuk mencari dan menyebarkan kebenaran.
:<3: Proses utama adalah untuk mendisiplinkan mental dan jiwa murid di samping mengembangkan potensi penaklukan. (Abdul Rahman & Zakaria Kasa, 1986)
:<3: Kuriukulum pula berpegang pada kembali kepada asal kerana yang asal itulah yang benar. Isi kandungannya adalah tetap dan tidak berubah yang bertujuan untuk membentuk manusia yang rasional.
:<3: Mata pelajaran yang diutamakan ialah matematik, bahasa, doktrin dan buku ternama. Sistem ini turut menekankan 3M dan mewujudkan kelas vokasional bagi yang kurang pandai.
:<3: Kaedah pengajaran yang disarankan ialah ingatan, pembacaan, penulisan, latih tubi dan ulang kaji.
KINI
Progresivisme
Ilmu pengetahuan yang benar pada satu-satu masa tertentu pada masa ini mungkin tidak benar pada masa akan datang.
Guru hanya berfungsi sebagai pembimbing atau penasihat dalam menyelesaikan masalah murid.
Kurikulum sangat memberi tumpuan kepada proses pengajaran
Dalam fahaman ini, murid bebas membuat keputusan terhadap dirinya jika dianggap baik kerana mereka menggambarkan pendidikan sebagai penghidupan, bukannya persediaan untuk hidup.
Kaedah pengajaran adalah inkuiri atau penyelidikan.
Kurikulum yang paling wajar dilakukan adalah kurikulum yang mudah diubah mengikut peredaran zaman yang berpusatkan pengalaman atau percubaan.
Peranan guru hanyalah sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid kerana bagi mereka murid ialah individu yang berpengalaman, berfikiran dan suka mencuba. Mereka beranggapan buku sebagai alat dalam proses pembelajaran bukannya sebagai sumber pengetahuan.
Rekonstruktivisme
~ Membina semula corak kebudayaan moden yang lebih baik.
~ Fahaman ini diwujudkan kerana relitinya sudah ada kepincangan dalam nilai budaya masyarakat setempat.
~ Berpendapat bahawa tugas utama dalah membentuk "Order Baru Masyarakat" sebagai objektif yang ideal, membaiki masyarakat, merealisasikan demokrasi untuk masyarakat serta sejagat bagi membawa kemaslahatan dan kesejahteraan umat manusia.
~ Nilai dan budaya akan berubah mengikut perubahan masyarakat. Nilai yang tertinggi akan dapat dicapai bila individu memperoleh kepuasan dalam usaha mencapai peringkat penyempurnaan.
~ Teori rekonstruktivisme ialah usaha untuk membina masyarakat baharu serta menumpukan usaha kepada perkemangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia.
~ Peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu malah juga membawa isu sosial yang penting untuk dibincangkan dan diselesaikan secara usaha sama.
~ Teori fahaman ini menekankan teknik perbincangan dan penggunaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam penyelesaikan masalah.
~ Bahan pengajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu.
Eksistensialisme
= Mengutamakan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid.
= Murid yang akan menentukan bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti dan jenis pelajaran serta nilai-nilai yang diperlukan untuk mengembangkan potensi diri.
= Kurikulum eksistensialisme mementingkan kebebasan yang bedasarkan minat murid itu sendiri.
= Guru bukan penyebar ilmu tetapi membantu murid berjaya dalam usaha mencari kesedaran kendiri.
= Guru hendaklah menghormati pandangan dan pilihan murid dan tidak mempengaruhi murid dalam membuat keputusan.
= Perkara yang penting dalam pendidikan fahaman ini adalah individu hendaklah mendidik sendiri dan berupaya untuk membuat keputusan sendiri.
= Sukar untuk menentukan bahawa sesuatu mata pelajaran itu penting atau tidak kerana kebaikan sesuatu mata pelajaran akan ditentukan oleh murid itu sendiri.
:explode:
RUMUSAN
Pendidikan di barat berfokuskan kepada proses pembelajaran di institusi seperti sekolah untuk menjadikan murid mendapat pengetahuan dan mengaplikasinya secara berkesan.
Falsafah pendidikan Barat menekankan nilai sesuatu ilmu sebagai keperluan untuk membezakan taraf individu dengan individu yang lain.