Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kanak-kanak Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran : Autisme (Masalah…
Kanak-kanak Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran : Autisme
Definisi Kanak-kanak Autisme
Autisme (Pervasive Developmental Disorder) adalah kekurangan mental seumur hidup yang berpunca daripada disfungsi otak (Zharulnizam,2010).
Menurut Ramlan (2015:36), perkataan “autism” bermaksud keadaan kanak-kanak yang menumpukan perhatian kepada dunia mereka sendiri.
Autisme melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak dalam aspek interaksi sosial, komunikasi, gangguan deria serta masalah tingkah laku.
Menurut Liew dan Manisah (2008), kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak autistik dapat dikenal pasti sejak umur dua tahun
Kejadian ini lebih kepada kanak-kanak lelaki, iaitu empat kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Hasnah et. al., 2010)
Ciri-ciri Kanak-kanak Autisme
• Mengamuk tidak tentu sebab (tantrum)
• Suka bersendirian
• Melakukan sesuatu perkara secara berulang
• Suka mundar-mandir tanpa sebab
Masalah Komunikasi Kanak-kanak Autisme
Tidak suka berinteraksi dengan orang lain
Mereka sukar untuk memahami apa yang telah diperkatakan
Tiada kontak mata semasa berinteraksi
Mereka berupaya untuk mendengar namun berkelakuan seperti orang yang pekak
Tidak memahami perasaan orang lain
Sukar menerima arahan atau mendengar kata
Tidak tahu bergaul dengan kanak-kanak yang lain
Bercakap sesuatu yang tidak difahami oleh orang lain
Mengulangi percakapan yang didengari (
Echolalia
)
Kaedah Komunikasi Kanak-kanak Autisme
1
. PECS (
Picture Exchange Communication System
)
Membantu kanak-kanak autisme yang tidak bercakap menguasai bahasa asasnya dan membantu mereka menyampaikan keinginannya melalui gambar (K. A. Razhiyah,2008)
Contohnya, jika mereka mahu basuh tangan, mereka akan memberikan kad yang mengandungi gambar sinki
TEACCH (
Treatment and Education of Autistic and Related Communication Handicapped Children
)
Membantu kanak-kanak autisme mengatasi masalah mereka terutama dalam komunikasi
Semasa berinteraksi, arahan verbal dikurangkan dan menggunakan kad imbasan atau poster untuk menyampaikan maksud. Kad tersebut mengandungi gambar, perkataan atau nombor.
Kaedah ini membantu kanak-kanak autisme mempelajari sesuatu kemahiran dengan pantas dan berkomunikasi dengan lebih baik
3. Ayat yang jelas dan mudah
Penggunaan ayat yang pendek dan difahami semasa berkomunikasi
Elakkan arahan lisan yang panjang
Isyarat atau bahasa badan digunakan untuk melancarkan komunikasi
4. Makaton
Mereka boleh memberitahu keperluan mereka dan berkomunikasi dengan pergerakkan tangan
Menyokong penggunaan bahasa lisan kerana melibatkan aktiviti non-verbal
memerlukan rakan komunikasi yang dapat memahami tanda-tanda yang ditunjukkan kerana setiap individu berlainan keperluan
5. Kaedah alunan muzik dan pergerakkan badan
Melalui kaedah ini, mereka akan memberi tindak balas dan rangsangan terhadap terhadap arahan yang mudah semasa berinteraksi
Contohnya, apabila lirik lagu menyuruh mereka
stand up and clap
, mereka meniru setiap langkah mengikut turutan yang dipersembahkan.
Membantu mereka untuk lebih mematuhi arahan.