Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
LATAR (LATAR TEMPAT (Rumah Tumpangan (o Tempat Raiha dan anaknya…
LATAR
LATAR TEMPAT
-
Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
-
o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.
Rumah Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.
Rumah Doktor Uwang
-
Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
-
-
-
o Tempat perbicaraan kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat rentung.
-
LATAR MASA
MALAM HARI
-
o Doktor Uwang menerima panggilan palsu yang menyatakan bahawa berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
o Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap pesakit golongan menengah dan sederhana.
-
o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
o Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.
-
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
o Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu sehingga meragut nyata anak perempuannya itu
-
o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atasnya.
-
-
WAKTU SENJA
-
o Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.
LATAR MASYARAKAT
-
Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.
-
Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felicia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.
-
Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Doktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada di situ disambar api tersebut.
Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
-
Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.
-
Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.
-
Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.
Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.
-
-