Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sistem Pendidikan Di Malaysia (Perkembangan Pendidikan Teknik dan…
Sistem Pendidikan Di Malaysia
Sejarah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Pendiddikan awal bermula dengan pendidikan tidak formal dimana pelajar mempelajari agama di sekolah pondok
Ketika penjajahan British, Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, dan Sekolah Vernakular India ditubuhkan
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas
pihak Inggeris, beberapa laporan yang telah diwujudkan antaranya seperti Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956
Selepas Malaysia memperoleh kemerdekaan, sistem pendidikan Negara telah mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur
Prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta merupakan antara pendidikan atau kurukulum yang telah diwujudkan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Sebelum merdeka: wujud 5 jenis sistem persekolahan
yang terasing di antara satu sama lain
Selepas merdeka, usaha mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan diteruskan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum
Perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Pendidikan Universiti
Sebelum penjajahan: pendidikan yang tidak formal, diajar berladang/bersawah/pertukangan kayu dan logam seperti mengukir/membuat keris/anyaman
Semasa Penjajahan: Orang-orang Melayu yang berkemahiran dalam seni menganyam, menyulam dan mengukir diambil untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu yang berdekatan dengan Kuala Lumpur
Pada tahun 1905 Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur telah dibuka untuk memberi latihan kepada pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Keretapi Tanah Melayu
Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi latihan kepada orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun.
Pada tahun 1926, Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya pada tahun 1941 statusnya telah ditukar ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1972
Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional
Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada tahun 1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) ditubuhkan pada tahun 1964 memastikan kesinambungan polisi pendidikan dan perkembangan Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia
Pada 1962, Maktab Perguruan Teknik (MPT) ditubuhkan
Pola Evolusi Sistem Pendidikan Negara Sebelum dan Selepas Penjajahan
Sebelum penjajahan: pendidikan tidak formal
Semasa pemerintahan British, terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernakular
Melayu, Cina, India, Inggeris dan Sekolah Agama(madrasah)
Semasa pemerintahan Jepun, sistem pendidikan Tamil dan Melayu diteruskan dengan syarat ditambah bahasa Jepun
Selepas kemerdekaan, bermula era penyusunan semula sistem pendidikan di Malaysia