Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 7: TARIKAN ANTARA PERSEORANGAN (Faktor Kedekatan Fizikal (Tarikan…
TOPIK 7:
TARIKAN ANTARA PERSEORANGAN
Pengenalan
Hubungan manusia adalah didasari oleh daya tarikan.
Daya tarikan menyebabkan kita berdamping dengan seseorang spt kekasih dan rakan.
Faktor-faktor tarikan datang dari orang yg kita tertarik dan juga dari diri sendiri.
Peringkat Perhubungan
Pertama: Peringkat Kesedaran
Individu menyedari adanya individu lain di persekitarannya.
Individu mungkin membentuk satu impresi terhadapnya tetapi interaksi antara mereka masih belum berlaku.
Cth: individu mempunyai impresi terhadap seseorg di dalam kelasnya tetapi tidak pernah berinteraksi dengan individu tersebut.
Kedua: Peringkat Kontak Permukaan
Permulaan antara dua individu yg belum saling kenal-mengenal.
Interaksi yg berulang-ulang yg berlandaskan peranan.
Cth: Interaksi antara pegawai dan pekerja-pekerja bawahannya.
Ketiga: Peringkat Saling Membalas
Interaksi antara individu lebih bersifat peribadi.
Hubungan saling bergantung menjadi lebih mendalam.
Peringkat Perkembangan
Peringkat pembentukan hubungan - cuba untuk mewujudkan perhubungan.
Peringkat penerusan - hubungan semakin stabil/tak stabil, erat/ rengang.
Peringkat saling tarikan - tertarik antara satu sama lain.
Peringkat pemburukan - berlaku keretakan dlm hubungan.
Peringkat penamatan - berakhirnya perhubungan tersebut.
Faktor Kedekatan Fizikal
Tarikan diasaskan oleh kedekatan fizikal.
Kedekatan fizikal membolehkan manusia untuk bertemu.
Kedekatan fizikal membolehkan kekerapan kontak/pendedahan berlaku.
Kekerapan pendedahan menyebabkan tarikan positif.
Cth: Rakan sekerja menjadi kawan rapat apabila kekerapan kontak antara mereka berlaku.
Persekitaran memain peranan penting dalam membawa kontak bertemu.
Kesan Pendedahan- pendedahan yg berulang-ulang terhadap ransangan menyebabkan seseorang menyukai ransangan.
Cth: Pelakon yg sering didedahkan pasti mempunyai ramai tarikan peminat.
Faktor Tarikan
Faktor Persekitaran
Faktor Diri Sendiri
Faktor Orang Lain
Perasaan & Tarikan Antara Perseorangan
Emosi boleh membawa kepada perasan tarikan terhadap orang lain.
Emosi gembira/positif menyebabkna kita lebih tertarik kepada orang lain berbanding semas emosi negatif.
Orang yg gembira cenderung untuk menyukai orang lain.
Cth kajian: Berada di bilik bersuhu panas menyebabkan individu tidak menyukai orang di sekelilingnya.
Daya tarikan fizikal- faktor tarikan adalah kerana paras kecantikkan wajahnya.
Perbezaan Individu & Keperluan Berdamping
Keperluan untuk berdamping bagi setiap individu adalah berbeza.
Keperluan berdamping tinggi- keperluan untuk kebebasan (autonomi) terpaksa dikorbankan.
Individu yg mmeounyai keperluan berdamping yg tinggi cuba mengekalkan hubungan dengan orang lain.
Kesunyian
Kesunyian tidak bermaksud seseorang tidak bersama dengan orang lain.
Manusia boleh berasa sunyi ketika berada dalam kumpulan org ramai.
Perbezaan bersendirian & kesunyian
:
Bersendirian- tanpa org lain hadir bersama.
Kesunyian- perasaan tidak puas hati dgn kualiti perhubungan dgn org lain.
Teori Tarikan Antara Perseorangan
Teori Peneguhan
Manusia berasa gembira apabila mendapat ganjaran & kegembiraan ini membawa kpd perasaan tarikan.
Manusia tertarik dgn org yg boleh memberikan ganjran padanya.
Cth: Kecantikan paa rakan mampu memberi ganjaran pada individu spt bangga.
Teori Pertukaran
Manusia bersifat saling tukar-menukar, sama ada pertukaran dlm ekonomi mahupun dlm bentuk sosial.
Cth: Lelaki tua yg kaya menukar kekayaan nya dgn wanita yg cantik
Teori Kuntungan-Kerugian
Manusia suka kpd individu yg memberikan penilaian yg positif sekiranya sebelum ini menerima penilaian yg negatif.
Cth: Anda suka pada kekasih anda yg memuji anda cantik kerana sebelum ini dia hanya mengutuk anda.