Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 2 TOKOH DAN MODEL KEROHANIAN AWAL KANAK-KANAK - Coggle Diagram
BAB 2 TOKOH DAN MODEL KEROHANIAN AWAL KANAK-KANAK
Imam Al-Ghazali (1058-1111)
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali dilahirkan pada 450H/1058 M di Ghazali,sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan), Iran yang kini dikenali sebagai Meshed.Beliau merupakan anak murid Imam al-Haramyn, Abu al-ma’ali al Juwaini.Beliau adalah pakar dalam bidang fikah al-Syafii’ dan kalam al-Asy’ari.
Beliau ialah guru di Universiti Nidzamiyah, Baghdad.Beliau juga merupakan ahli falsafah Islam yang terkenal dan telah menghasilkan hampir 100 buah buku.Salah satu daripada bukunya yang terkenal ialah Ihya’ Ulumuddin. Buku
ini ditulis selepas beliau menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama.
Al-Ghazali menekankan pendidikan awal kanak-kanak.Beliau pernah berkata bahawa ibubapa perlu memerhatikan pendidikan anak-anak mereka sejak kecil.Mereka tidak seharusnya meminta orang lain.
Pendekatan Al-Ghazali
Ta’dib (Mendidik)
Manusia pada hakikatnya baik, tetapi apabila
berinteraksi dengan perkara-perkara yang bersifat
kebedaan, ia mendorong untuk berlakunya kejahatan.
Riadah (Disiplin kendiri)
Al-Ghazali mendefinasikan riadah sebagai latihan kepada roh, bermula dengan latihan yang mudah kepada kompleks.
Riadah adalah salah satu cara bagi membentuk akhlak.
Al-Ghazali membahagikan riadah kepada dua:
Penerapan adab dikaitkan dengan tabiat semula jadi roh yang cenderung kepada kebaikan.
Menurut objektif positif, iaitu merujuk kepada niat yang baik.
Ta’lim (Mengajar)
Ta'lim berbeza dengan ta'dib kerana ta'lim merujuk kepada pengajaran.
Mengikut Al-Ghazali, ta'lim adalah salah sayu cara manusia mendapatkan ilmu yang menaikkan martabat manusia daripada tahap kehaiwanan kepada tahap kemanusiaan yang sempurna.
Dua cara bagi mengajar ilmu:
Proses pengajaran dan pembelajaran.
Ajaran terus daripada Tuhan (Allah)
Tarbiyyah
(Pengasuhan)
Roh manusia dijadikan dengan fitrah semula jadi yang sentiasa
cenderung kepada kesempurnaan dan ilmu pengetahuan.
Proses tarbiyyah sentiasa memerlukan penyucian jiwa dan ilmu
pengetahuan supaya dapat berkembang dengan sempurna.
Ilmu yang utama dan pertama diajar kepada anak-anak adalah ilmu agama dan Al-Quran.
Tahzib
(Penyucian)
Tahzib mengikut Al-Ghazali ialah penilaian kendiri dalam usaha
meningkatkan diri ke tahap yang lebih sempurna.
Konsep penyucian akhlak melibatkan keupayaan roh mengawal
kehendak dan marah dengan baik.
Tahzib adalah menyucikan roh dan akhalak supaya individu dapat memahami ilmu ketuhanan dengan mudah.
Ibnu Khaldun (1332-1406)
Ahli falsafah Islam yang terkenal. Dalam sejarah Islam, beliau merupakan tokoh.
Sejarawan dan Sosiologi yang terkenal.
Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadan 732H (27
Mei, 1332M).
Beliau menerima pendidikan asasnya daripada ayahnya,
seorang cendekiawan terkenal.
Ibnu Khaldun boleh menghafaz al-Quran dan merupakan seorang
pakar Nahu, Fiqah, Hadis, retorik, falsafah, dan puisi.
Hasil kerjanya telah banyak memberi sumbangan dalam memahami permeradaban.
Pandangannya mengenai pendidikan
Kanak-kanak tidak seharusnya diajar perkara yang rumit.
Belajar daripada yang paling senang kepada yang paling susah secara berperingkat menggunakan kaedah latih tubi dan bahan konkrit sebagai alat bantu mengajar.
Jangan bebankan kanak-kanak dengan perkara yang melampaui kebolehannya keranaia boleh menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan bencikan apa yang diajar.
Ibnu Sina
Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai
nama penuh Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina.
Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi dan dilahirkan di Afsyanah, Bukhara pada 980 Masihi.
Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang Gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M).
Pendidikan awal Ibnu Sina
Pada masa kanak-kanaknya ialah al-Quran dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian.
Ibnu Sina mula belajar menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah menguasai tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10tahun.
Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran, fiqah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang.
Beliau menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun.
Peranan Ibnu Sina dalam pendidikan
Menurut Ibnu Sina pendidikan merupakan perkembangan seluruh potensi yang dimiliki seseorang kearah perkembangan yang sempurna,iaitu aspek pada diri manusia mulai dari perkembangan fizik, intelektual, budi pekerti, mental mahupun moral.
Pendidikan tidak hanya memperhatikan
aspek moral, namun juga membentuk individu yang menyeluruh
termasuk jiwa, fikiran dan karakter.
Mereka juga katanya belum tahu tentang nilai dan perbezaan baik-buruk dan belum tahu untuk mengelak darinya. Justeru itu adalah lebih baik mereka sentiasa berjauhan dari bentuk-bentuk berkenaan.
Luqmanul Hakim
Gelaran Al-Hakim di akhir nama Luqman tentu gelaran yang tepat untuknya sesuai dengan ucapannya,perbuatan dan sikapnya yang memang menunjukkan sikap yang bijaksana.
Pelajaran dan pesanan Luqman Al Hakim
1) Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya,“Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”
2) (Luqman berkata), “ Wahai anakku! Sungguh jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya, Allah Maha Halus, Maha Teliti.
3) Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.
Pendidikan anak-anak berdasarkan surah Luqman merupakan asas yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada masa kini.
Pendidikan beliau juga mencakupi setiap aspek keperluan anak-anak untuk berhadapan dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan cabaran semasa.
Hasil kajian yang ditemui mendapati bentuk pendidikan surah Luqmun terdiri daripada pendidikan akhlak ibu bapa, pendidikan akidah, pendidikan solat dan pendidikkan akhlak anak-anak.