Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
**UNIT 1 ISLAM DAN KONSEP -KONSEP ASAS - Coggle Diagram
**UNIT 1
ISLAM DAN KONSEP -KONSEP ASAS
Pengertian Islam
Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera.
Umat Islam ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
Wajib Bagi Orang Islam
i. Mengucap dua kalimah syahadah
ii. Solat
iii. Puasa
iv. Zakat
v. Menunaikan Haji
i- Mengucap dua kalimah syahadah.
" Asyhaduallaillahaillallah, Wa Asyhaduanna Muhammadar Rasullulah"
Ertinya : Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah, dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Solat
Daripada segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
syarak solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
Puasa
iaitu menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa
Puasa merupakan Rukun Islam ketiga.
Terdapat 4 kategori hukum bagi amalan berpuasa :
i. wajib -
ii. sunat -
iii. makruh
iv. haram
Zakat
amalan yang menyempurnakan puasa kaum muslimin pada bulan yang penuh barakah ini adalah zakatul fithr.
ulamak secara ijma' (bersepakat) berpendapat bahawa menunaikan zakat adalah WAJIB.
Menunaikan Haji
ibadah haji merupakan ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang berkemampuan. Namun yang terbaik semua umat islam berazam dan bekerja bersungguh untuk mendapatkan kemampuan bagi menunaikan ibadah haji.
Konsep Ihsan
Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, Jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sentiasa melihat Kamu.
RUKUN IMAN
daripada bahasa bererti percaya.
umat islam, iman embawa maksud mengaku dengan lidah, membenarkan dalam hati dan melaksanakannya dengan anggota tubuh, apa yang diikrarkan itu.
Enam Rukum Iman
Beriman Kepada Allah
Beriman Kepada Malaikat
Percaya Kitab
Beriman Kepada Nabi & Rasul
Percaya Kepada Hari Akhirat
Percaya Kepada Qadha' dan Qadar
Ciri-ciri orang yang sempurna iman, islam dan ihsannya :
Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya
Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat, kitab-kitab suci Allah, Para Rasul, kehadiran Hari Akhirat dan ketentuan baik dan buruk daripada Allah.
Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa sebulan di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di Makkah.
Sentiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan dan sentiasa mengharapkan hanya ganjaran daripada Allah semata-mata.
Islam sebagai ad-Din
bermaksud "Islam sebagai Cara hidup "
Maqasid al-syariah
diterjemahkan secara mudah sebgaai objektif syariah dalam menentukan hukum.
Objektif umum syariah
ialah pengertian dan hikmah yang dapat dilihat dalam semua atau kebanyakan hal ehwal pensyariatnnya(al-Tasyri').
a. Menjaga ketertiban umum (hifz al-Nizam)
b. Menghasilkan kebaikan (Jalb al-Masalih)
c. Menolak keburukan (Dar al-Mafasid)
d. Menegakkan persamaan antara orang ramai(al - Musawat)
e. Menjadikan syariat sebagai sesuatu yang hebat
**Objektif Khusus
ialah cara yang dimaksudkan oleh syarak bagi menjamin kehendak manusia yang berguna, atau bagi mengawal kepentingan umum mereka dalam urusan secara individu.
Pembahagian Maqasid al- Syariah
Haajiyyat
Kemaslahatan yang bersifat keperluan dan hajat manusia. ia untuk menghilangkan kesulitan dan kesempitan yang boleh membawa kepada kesusahan hidup
Tahsiniyyat
Kemaslahatan dari aspek adat dan kesempurnaan akhlak.
Dharuriyyat
Perkara-perkara yang termasuk dalam keperluan asasi yang mesti dipenuhi oleh setiap individu
Sumber asas syariat islam
Al-Quran
As-Sunnah(Hadis)
Ijma' Ulama'
Qias