-Pada 10 Disember 1941, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang diserang oleh tentera Jepun.
-Walaupun tentera British dapat menembak pesawat Jepun, namun juruterbangnya akan menjunamkan kapal terbang mereka ke arah kapal.
Dipercayai seramai 1250 orang terkorban.
-Pada 11 Disember 1941, tentera British daripada Regimen Punjab diperintah untuk menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun.
-Tentera Punjab terpaksa melarikan diri ke hutan.
-Tentera Jepun terus mara ke Alor Setar. Pada 12 Disember 1941, pihak Jepun mara ke Kuala Krai.
-Pada masa yang sama, pesawat Jepun membedil Pulau Pinang menyebabkan lebih 700 orang terkorban dan lebih 1300 orang cedera.
-Pesawat British dan Jepun bertempur di udara. Banyak pesawat British dijatuhkan. Pertempuran darat berlaku di Jitra. Tentera Punjab cepat mengalah dan meninggalkan tentera Gurkha berperang dengan tentera Jepun. British berundur dengan tergesa-gesa menyebabkan banyak kelengkapan ditinggalkan. Pada 14 Disember 1941, Alor Setar ditawan tanpa tentangan. Pesawat-pesawat pejuang ditempatkan di Alor Setar. British meletupkan jambatan Sungai Muda. Namun begitu, Jepun dapat membaiki jambatan tersebut. Jeneral Percival berasa hairan kerana pihak Jepun mengetahui setiap penerakan pihak British. Setelah disiasat, didapati Kapten Patrick Heenan dari India memberikan maklumat rahsia kepada Jepun. Akhirnya, semua pesawat udara British diundurkan ke Singapura. Di kampung Adnan, ibu bapanya mendapat khabar duka, iaitu kematian Ahmad(adik Adnan) setelah kapal yang dinaikinya dibom tentera Jepun. Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun