Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sifat-Sifat Tamadun Islam - Coggle Diagram
Sifat-Sifat Tamadun Islam
Bersifat Ketuhanan (Rabbani)
Tegak atas asas rabbani (ketuhanan) yang merupakan sebuah tamadun terpimpin dan mengatur perjalanan hidup pendukungnya ke arah merealisasikan tugas taabudiyah kepada Penciptanya
Proses pembinaan tamadun Islam merupakan manifestasi pengabadian hamba kepada Penciptanya
Bersifat Keagamaan
Matlamat utamanya adalah untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T bersesuaian dengan tujuan Allah S.W.T mencipta manusia di dunia ini, iaitu beribadat kepada-Nya
Ketamadunan serta kemuliaan seseorang individu atau bangsa tidak diukur berdasarkan pencapaian material tetapi berasaskan sejauh mana mereka berupaya memanifestasikan Islam itu sendiri sebagai suatu sistem hidup yang menyeluruh
Bersifat Tetap dan Tidak Berubah
Perjalanannya dikawal dan dipandu oleh unsur-unsur rohaniah yang bersumberkan wahyu
Setiap manusia Muslim wajib menyesuaikan kehidupan mereka dengan nilai-niali Islam
Bersifat Sempurna dan Seimbang
Ajaran Islam tentang kehidupan amat lengkap dan sempurna
Tamadun Islam merupakan tamadun yang paling sempurna dan seimbang dari segi pembangunan rohani dan jasmaninya
Bersesuaian dengan Fitrah Manusia
Tamadun Islam bersifat sesuai dengan fitrah kejadian manusia
Manusia dianugerahkan unsur fitrah yang cenderung kepada kebenaran dan benci akan kebatilan
Islam tidak menyuruh manusia melawan sifat fitrah dan tabii kemanusiaan manusia seperti keinginan untuk hidup berpasangan, makan, minum dan sebagainya
Tamadun Islam mengatur kehidupan manusia supaya tidak terkeluar daripada batas-batas fitrah
Bersifat Terbuka
Ia bukan memonopoli sesuatu kaum sebaliknya milik semua penganut Islam dan mereka yang bernaung di bawah pemerintahan Islam
Setiap penganut Islam berpeluang menyumbang kepada pembangunan tamadun Islam
Juga terlihat daripada kesediaannya menerima semua nilai murni tamadun lain yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas Islam
Bersifat Sepanjang Zaman
Tidak terbatas kepada tempoh masa tertentu
Menganggap tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang sudah berlalu adalah salah
Selama mana ada umat Islam yang berusaha membangunkan dunia ini di atas landasan syariat Islam dan asas-asas yang diredhai Allah S.W.T, maka selama itulah tamadun Islam tertegak