Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Maqasid al-Syari'ah (Tamdun Syariah) Tamadun Islam - Coggle Diagram
Maqasid al-Syari'ah (Tamdun Syariah) Tamadun Islam
Memelihara Agama
Agama merupakan satu perkara yang tidak mudah dipermainkan
Islam tidak membenarkan penganutnya murtad, yakni keluar daripada agama Islam
Mereka yang meninggalkan Islam hendaklah diberi peluang bertaubat dan sekiranya mereka enggan, maka pemerintah Islam boleh mengenakan hukuman bunuh ke atas pesalah murtad
Menjaga Nyawa
Ialah pinjaman Allah S.W.T kepada manusia
Manusia tidak dibenarkan membunuh diri ataupun membunuh orang lain secara tidak sah
Mereka yang membunuh orang lain tanpa hak boleh dikenakan hukuman bunuh oleh pemerintah
Memelihara Kewarasan Akal
Amat penting untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup seluruh manusia kerana mereka yang tidak waras akan melakukan apa-apa sahaja yang boleh memudaratkan dirinya dan juga orang lain
Islam mengharamkan semua perkara dan perbuatan yang boleh merosakkan akal fikiran yang waras seperti penyalahgunaan dadah, meminum arak dan juga segala jenis makanan atau minuman yang memabukkan atau merosakkan akal fikiran
Hukuman: 40 kali sebatan
Menjaga Maruah dan Keturunan Manusia
Unsur utama kemuliaan seseorang insan ialah keturunannya
Agama Islam sangat menjaga kesucian keturunan manusia supaya taraf manusia tidak jatuh ke taraf haiwan
Islam bukan sahaja mengharamkan perbuatan zina, malah mengharamkan sesiapa juga menuduh orang lain melakukan zina tanpa ada bukti yang jelas dan kukuh
Pelaku zina boleh dihukum rejam hingga mati atau disebat sebanyak 100 sebatan bergantung kepada status pelaku zina tersebut
Penuduh zina boleh dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali sebatan sekiranya mereka gagal membawa empat orang saksi
Melindungi Harta Benda Manusia
Agama Islam amat menitikberatkan soal menjaga hak-hak individu termasuklah dalam soal pemilikan harta benda
Pemerintah wajib melindungi hak-hak mereka daripada dirampas ataupun dicuri
Jenayah seperti merompak, meragut dan mencuri boleh dikenakan hukuman yang bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan seperti dipotong tangan bagi kesalahan mencuri