Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
4.4 FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN INDIA (SITI KHAIRUNNUR BT LADERLAH …
4.4 FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN INDIA
(SITI KHAIRUNNUR BT LADERLAH BPOS20/2)
4.4.1 Agama Zaman Vedik (Veda)
Kitab Veda merupakan kitab tertua di dunia
mengandungi prosa & versa yang digunakan para sami semasa upacara pengorbanan
Karya Upanishad membincangkan tentang pemikiran falsafah orang Indo-Arya
Aranyaka adalah teks bagi golongan pertapaan
Doktrin Buddhisme
Diasaskan oleh Siddharta, Gautama Buddha, seorang anak raja India yang lari meninggalkan istana untuk merenung hakikat kehidupan
Buddha tidak mengajarkan hal ketuhanan & alam ghaib
Ajarannya menjurus kepada psikologi & etika berkaitan kehidupan
Kitab Buddha ialah Tripitaka (3 serangkai)
Ahimsa (menolak penyeksaan) serta pembunuhan terhadap apa sahaja yang makhluk
Mengamalkan diet Vegetarian dalam puasa mereka. Tidak makan haiwan yang berdarah. Penganutnya turut memakai penutup muka supaya tidak terhidu makhluk kecil seperti habuk @ kuman dan membunuhnya
Proses kawal nafsu dalam Buddhisme menerusi :
1) Kepercayaan yang benar
2) Tujuan yang benar
3) Pertuturan yang benar
4) Perbuatan yang baik
6) Usaha yang benar
7) Fikiran yang benar
8) Renungan yang benar
Jika penganutnya mencapat 8 jalan di atas maka mereka dikategorikan sebagai mencapai Nirvana (bersatu dengan kebaikan)
Hukum Karma juga dipercayai iaitu mereka yang melakukan kebaikan akan memberi kesan baik dan kejahatan akan membawa padah
Kedatangan Islam ke India
Islam tiba di di India pada abad ke-7 di Malabar melalui pedagan Arab
Berlaku integrasi mantap antara agama Hindu & Islam di India
Orang Islam juga memainkan peranan penting dalam kebangkitan ekonomi & pengaruh budaya di India
Mahmud Ghazni mara ke India (Pecahan kerajaan Turki)
Ghazni berperang dengan empayar Hindu sehingga menguasai keseluruhan utara India. Menjadikan utara India berada di bawah kekuasaan Islam
Budaya Islam di India Selatan:
Empayar Chola pada abad 13 Masihi
Empayar Turki di India Selatan diteruskan oleh Alauddin (Dinasti Khalji)
Pemerintahan Hindu di India Selatan membayar ufti kepada penakluk Turki
Kesannya iaitu percampuran budaya antara Islam dan Hindu dalam bahasa, sastera, perubatan, astronomi, seni halus, tarian, seni bina & lukisan
Lahirnya ulama Islam di India seperti Syah Waliullah al Dahlawi, Sayyid Ahmad Syahid
Perkembangan Islam di India:
Orang Islam berpegang teguh dengan falsafah & cara hidup walaupun dimasuki budaya tempatan
Tempat perkahwinan campuran antara orang Turki dengan wanita Hindu memungkinkan perluasan tamadun Islam di India
Penerimaan ciri-ciri Islam oleh masyarakat Hindu menjadi dorongan untuk mereka menentang amalan masyarakat Hindu seperti perbezaan sosial (kasta), penyembahan patung & lain-lain amalam songsang
Penolakan sistem kasta menyebabkan orang India mampu memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Tekanan sistem kasta menyebabkan mereka masuk Islam secara meluas
Kitab suci Al-Quran & Undang-undang Islam diajari di India
Pengaruh Sufisme kuat di India kerana diamalkan di tanah Arab & Parsi
Perkembangan Islam di India & Pengaruhnya di Malaysia
Pedagang India Muslim berdagang di Melaka & berinteraksi dengan Sultan Melaka. Terdapat darah India Muslim dalam keluarga Di Raja Melaka iaitu Sultan Muzaffar Shah
Kewujudan Jemaah Tabligh
Diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas & Muhammad Yahya
Gerakan ini bermula untuk memperbaiki diri dan mengajak orang lain untuk beramal dengan amalan Islam selaras dengan amalan baginda Nabi Muhammad SAW
Kewujudan Pengajian Hadis di Darul Uloom Deoband di Uttar Pradesh, India
Ulama yang tersohor yang menuntut di Deoband ini adalah al-Mahrum Shaykh Maulana Ilyas (Pengasas Jemaah Tabligh), Almahrum Shaykh Maulana Anwar Shah Kashmiri (ulama pakar hadis kitab Bukhari), Al-Mahrum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Bekas Mursyidul Am Pas), Mufti Perlis (Dr. MAZA), Maulana Asri Yusuf
Menjadi rujukan bagi madrasah moden di India, Pakistan, Afghanistan, United Kingdom, Afrika Selatan dll
4.7.1 Penjajahan Barat di India
Ingin mendapat barang di Timur ; rempah, sutera
Semangat mengembara mengatasi pedagang Islam menyumbang kepada aktiviti perdagangan masyarakat Eropah
Menyebarkan agama Kristian ke negara Asia
Glory : Maruah kemenangan dalam perang atau kuasa besar kolonial penjajah
India turut disinggahi oleh kuasa Eropah selain British seperti Portugis, Belanda & Perancis. Mereka memaksa orang India menganut Kristian. Orang India beragama Hindu & Islam menentang mereka
Akhirnya, rakyat India menuntuk kemerdekaan daripada British & tergolong dalam negara Komanwel (negara-negara yang pernah dijajah oleh British)
4.7.3 Pergerakan Islah (Pembaikan) & Tajdid (Pembaharuan)
Pembaharuan Shah Waliyullah al-Dahlawi menekankan perubahan agama & moral berdasarkan al-Quran & Sunnah
Beliau menterjemahkan al-Quran ke dalam Bahasa Parsi. Anaknya menterjemahkan al-Quran dalam Bahasa Urdu
Pendidikan Inggeris mengenepikan Bahasa Parsi & mementingkan Bahasa Inggeris untuk mendapat jawatan, perniagaan & kerjaya
Syed Ahmad Khan menjadi tokoh reformis Islam yang baharu. Pergerakan bersifat politik untuk berkuasa (khilafah menyokong perkembangan di Turki) & akhirnya menubuhkan negara Islam Pakistan
Pergerakan Islam (pembaharuan) dalam Islam ini turut mencetuskan perjuangan rakyat India menuntut kemerdekaan daripada British
4.7.4 Pergerakan Nasionalis
Semakin ramai orang India mengkritik dasar British kerana semakin banyak jurang antara orang India berpendidikan dengan pentadbir British
Dadabahi Naoroji menubuhkan East India Association di London British supaya British memberi perhatian terhadap kebajikan orang India.
Perundingan British dengan pemimpin India menghasilkan parti Indian National Congress (INC) bagi mengelakkan kebangkitan rakyat
INC turut menyeru supaya kerajaan British membawa perubahan perlembagaan, perubahan ekonomi dll
Lahir gerakan militan (ketenteraan secara gerila) yang diasaskan oleh Raj Narain Bose & Lala Laipat
Raj umumkan swaraj (mencapai kemerdekaan India melalui tindakan umum)
Terdapat tindakan 'Swadeshi' 'Gunakan barang India & Pulaukan Barang British'. British menangkap mereka yang terlibat dalam INC sehingga lumpuh gerakan ini
Perhimpunan 1916 di Lucknow menunjukkan persetujuan dicapai oleh nasionalis militan, sederhana, Hindu & Islam berjuang bersama untuk kemerdekaan daripada British
Mahatma Ghandi berjuang menuntuk kemerdekaan daripada British dengan kerjasama masyarakat Islam, Jainisme, dan Buddhism. Persamaan mereka ialah nilai Ahimsa (menolak kekejaman)
Mahatma Ghandi belajar undang-undang di England & pergi ke Afrika Selatan & sebagai peguan kepada pedagang Islam Gujerat
Ghandi menyokong petani India di Bihar menentang tuan tanah British. Beliau selalu berdamping dengan rakyat miskin & rendah
Beliau beransur-ansur melibatkan diri dalam pergerakan kemerdekaan sehingga mencapai kemerdekaan India 1947
Ghandi dibunuh oleh N. V. Godse (pelampau Hindu) kerana melindungi & menyokong orang Islam
https://youtu.be/21INUNa8V5U