Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Aspek kedua Gagasan 1Malaysia - Coggle Diagram
Aspek kedua Gagasan 1Malaysia
1 Nilai
Budaya berprestasi tinggi
⬄ setiap perkara yang dijalankan harus mencapai tahap terbaik dan bertaraf dunia
⬄ kepimpinan dipilih adalah berdasarkan prestasi kerja mereka
⬄ pengalaman budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi
2 Budaya ketepatan masa
⬄ rakyat Malaysia perlu mengamalkan budaya ketepatan termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan
⬄ perkhidmatan yang dilaksanakan mestilah berdasarkan kepada kualiti yang bagus dan perlu dijalankan secara berterusan
3 Budaya ilmu
⬄ sebuah negara hanya akan maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi
⬄ budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.
⬄ budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan mempunyai minda yang sentiasa terbuka
4 Integriti
⬄ Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak
⬄ integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab mereka.
⬄ rakyat Malaysia harus berusaha memperbaiki kesilapan, menerima kritikan dan teguran dengan hati terbuka bagi meningkatkan kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
5 Ketabahan
⬄ rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.
⬄ penggemblengan semangat kerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
6 Kesetiaan
⬄ prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang merupakan prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bagi
⬄ semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.