Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep Pengasingan Kuasa Sistem Kerajaan Malaysia - Coggle Diagram
Konsep Pengasingan Kuasa Sistem Kerajaan Malaysia
Badan Perundangan (Legislatif)
Fungsi
Membuat undang-undang
Tanggungjawab
Membuat undang-undang
Tugas ini melibatkan proses yang rumit dan terdapat perbezaan dari segi proses di negara-negara yang dikemukakan
Pentadbiran
bertindak sebagai pengawas dan pemeriksa, untuk menolak pandangan awam terhadap tindakan-tinddakan kerajaan dan mengkritik mereka sekiranya didapati bersalah.
Kewangan
Badan ini menguasai dasar kewangan negara melalui pencukaian, pinjaman dan peruntukan. Segala perbelanjaan dan peruntukan yang diminta oleh eksekutif adalah di bawah pertimbangan badan perundangan untuk meluluskan atau tidak.
Pengendalian ketidakpuasan
Legislatif merupakan alat yang penting bagi masyarakat untuk mengeluarkan pendapatnya. Ini adalah fungsi penting dalam demokrasi sebagai kerajaan yang dikawal oleh pendapat umum
Badan Eksekutif
Fungsi
Menjalankan kuasa pemerintahan dan menguatkuasakan undang-undang
Tanggungjawab
Mentadbir negara
Pentadbiran negara dibahagikan kepada beberapa kementerian dengan setiap kementerian diketuai oleh seorang eksekutif. Bagi melicinkan lagi jentera pentadbiran, kementerian dipecahkan kepada beberapa jabatan yang mana ketua bagi setiap jabatan ialah pentadbir yang berkhidmat sebagai penjawat awam.
Perhubungan diplomatik
mewakili negara dalam mengadakan perhubungan dengan negara luar dan akan membincangkan masalah dunia atau masalah serantau.
Badan pengampun
Fungsi ini sebagai jalan terakhir bagi pesalah-pesalah yang biasanya menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup untuk mendapatkan keampunan. Di Malaysia, misalnya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan kesalahan seseorang.
Merangka dasar persekutuan
Dasar merupakan fahaman atau halatuju yang ingin digunapakai pihak pentadbiran. Jika terdapat percanggahan dengan sebarang dasar kerajaan, seseorang rakyat Malaysia tidak boleh dipenjarakan mahupun dikenakan tindakan undang-undang sivil. Pihak-pihak tertentu mungkin boleh menjadikannya ia sesuatu isu. Dasar boleh diubah oleh Menteri yang baru mengambil alih jawatan tersebut. Rang undang-undang pula hanya boleh dipinda, dimansuhkan dan diperkenalkan oleh Badan Legislatif.
Badan Judisiari
Fungsi
Menjalankan penghakiman dan dan mentafisr undang-undang
Tanggungjawab
Mengadili tindakan sivil
meletakkan hukuman tertentu bagi kes yang dihadapkan dan dibicarakan di mahkamah , samada kes jenayah mahupun sivil , baik antara individu dan individu kerajaan.
Mengisyitihar sesuatu undang-undang yang tidak sah
bertanggungjawab untuk memastikan serta mengisytiharkan apa sahaja undang-undang yang menglanggar perlembagaan negara sebagai tidak sah justeru , boleh membatalkan undang-undang tersebut.
Mentafsirkan undang-undang
bertanggungjawab untuk menilai atau mentafsirkan undang-undang tersebut serta menetapkan hukuman yang setimpal kepada orang yang melanggar undang-undang tersebut.