Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Aktiviti Tidak Segerak M16 MPU 3122, Peranan Pendidik Sebagai Agen…
Aktiviti Tidak Segerak M16 MPU 3122
Peranan Pendidik Sebagai Agen Sosialisasi
Guru boleh menjadi pemangkin kepada interaksi sosial interetnik dalam sesebuah kelas semasa penyampaian PdP.
Misalnya, guru boleh mengalakkan aktiviti berkumpulan dalam menyampaikan aktiviti PdP.
Bagi mengelakkan berlakunya murid yang berkumpul berdasarkan etnik, guru perlu memilih penempatan kumpulan murid secara rawak supaya setiap kumpulan kecil terdiri daripada murid yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Guru boleh menjadi agen pembudayaan
Guru juga telah menjadi agen sosialisasi dengan mengeratkan hubungan persahabatan antara murid melalui perkongsian budaya mereka semasa pembentangan.
Misalnya, melalui aktiviti show and tell sebagai aktiviti warm-up sebelum PdP bermula.
Melalui aktivit perkongsian yang disediakan oleh guru, murid mampu saling memahami budaya kaum lain dan membentuk hubungan yang erat antara murid di kelas.
Murid akan lebih peka tentang pantang larang budaya kaum lain dan mengelakkan diri mereka daripada mengungkit isu sensitif perkauman dalam pergaulan sosial mereka.
Guru juga perlu mengenal pasti perbezaan murid dari aspek bahasa, budaya dan agama supaya interaksi antara murid berbilang bangsa tidak terjejas.
Guru perlu menjelaskan kepada murid terhadap perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik supaya tiada prasangka berlaku.
Guru menyediakan bahan, maklumat dan aktiviti yang boleh meningkatkan pendedahan murid kepada kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.
Guru perlu menerapkan nilai budaya yang pelbagai supaya murid dapat mengenali dan memahami budaya kaum lain.
Peranan Pendidik Sebagai Role Model
Definisi Role Model
Teladan
Suatu tindakan atau sikap yang baik sehingga dapat dijadikan contoh dan teladan yang patut diikuti oleh orang ramai
Role model dalam
nilai murni
Keadilan
Guru perlu memberikan layanan yang adil kepada setiap murid tanpa mengira perbezaan budaya, agama dan status sosial mereka.
Layanan yang saksama yang dipamerkan oleh guru turut menjadi contoh kepada murid dengan memberikan kesedaran kepda mereka bahawa nilai tersebut patut diikuti dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek pergaulan sesama rakan sebaya yang berbilang bangsa.
Bertanggungjawab
Guru perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada murid melalui cara atau budaya kerja yang menetapi masa dan produktif.
Guru boleh mengajar murid tentang tanggungjawab mereka dalam memupuk hubungan etnik yang rapat.
Hal sedemikian boleh meningkatkan kesedaran murid dalam memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap negara.
Bersopan santun
Guru perlu menunjukkan nilai bersopan santun kepada para murid khususnya melalui cara percakapan mereka semasa PdP dan sewaktu berinteraksi bersama murid di luar waktu persekolahan.
Dengan menjadi role model kesantunan kepada murid, para murid mampu belajar dan mengamalkan sikap bersopan santun semasa bergaul dengan masyarakat yang berbilang bangsa.
Guru boleh mengajar adab percakapan yang sopan kepada murid. Contohnya, mengajar mereka tentang menyebut perkataan yang bersifat rasisme seperti "tambi" atau "babi" adalah biadab.